Klik Sini Untuk Tempahan
As-Salam. Ada komen dari rakan blogger mengatakan bahawa kotak komen 3rd party - Disqus agak menyusahkan, ini adalah kerana bagi mereka yang tidak mempunyai akaun Disqus, agak sukar untuk meninggalkan komen. Bagi saya, untuk tinggalkan komen menerusi Disqus tidaklah sesusah manapun, saya pernah terangkan cara-caranya di sini - Cara Tinggalkan Komen Guna Disqus

Ada rakan blogger memberikan respon kepada saya, bahawa sistem komen Disqus bermasalah apabila capaian internet pengunjung agak lambat. Ia akan membuatkan ruang komen Disqus mengambil masa agak lama untuk load. Perkara ini saya sendiri akui, bahawa ada masanya saya terpaksa reload komen Disqus untuk membolehkan komen-komen yang ditinggalkan dibaca - walaupun komen-komen tersebut telahpun dihantar menerusi email saya.

Ya, memang benar menggunakan komen Disqus membolehkan anda menjana pendapatan - dibayar dalam USD, namun sebagai salah seorang yang sangat-sangat menghormati komen rakan blogger dan pengunjung, tentu sahaja saya inginkan yang terbaik untuk blog.

Saya mungkin akan kehilangan kelebihan dari segi mendapatkan trafik menerusi Disqus, kerana sistem komen Disqus membolehkan entri-entri dalam blog disebarkan ke seluruh pengguna sistem komen tersebut. Lihat pada paparan di bawah ini.


Malah, apabila anda memberikan respon kepada setiap komen yang ada dalam Disqus, ada kemungkinan besar pengomen itu akan kembali singgah untuk melihat komennya dibalas. Ini membolehkan interaksi maya sesama blogger dan pengunjung dilakukan.

Apapun, seperti anda yang juga sedang belajar, saya mahu lihat apakah kesannya andai saya tidak menggunakan Disqus. Maka, saya telah ubah kembali sistem komen asal template blog ini. Mungkin awalnya nampak bercelaru, tapi In Sha Allah, saya akan cuba perbaiki.

Apa kata anda? Adakah anda sebelum ini menggunakan sistem komen Disqus dalam blog ini? Adakah ia menyusahkan atau patut saya kembalikan semula sistem komen tersebut dalam blog?

Respon anda sangat dihargai.


54 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Salam, nor kenal dengan blog ini melalui disqus. Bagi nor, disqus mempunyai sistem komen yang mudah diuruskan. Disqus mempunyai aplikasi di telefon bimbit. Boleh balas komen guna aplikasi. Ada notifikasi bila ada komen di email dan aplikasi. Utk blog nor, disqus digunakan agar komuniti disqus boleh mengenali blog nor. Komen blogger pun nor guna juga. Nor letak komen blogger dulu, diikuti disqus. Komen blogger loading laju berbanding disqus. Pembaca ada option nak komen di blogger atau disqus. Hoho tapi nor pun baru cuba. Masih peringkat testing. So far, so good sbb blog nor tak berapa ramai yg komen. Masih ok diuruskan wpun letak byk sistem komen. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macamana tu leh letak dua sistem komen? DIsqus dengan sistem native? Boleh tlog tunjukkan tak?

      Delete
    2. Nor guna mobile beberapa hari ini. Sebelum ni ada letak kod di sini, tetapi nor padam semula. Hehe panjang sangat kod nak letak dalam komen. Dari segi loading, komen blogger loading dulu, komen disqus antara yang terakhir loading. Jika memori tak cukup, komen disqus tak akan loading. Nanti Nor tunjuk cara letak dua komen ni serentak.

      Delete
  2. sy dah terbiasa dgn disqus dalam blog hh. lgpun senang nak chek hh balas komen ke tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK... saya ambil note. Kalau ramai suka dengan Disqus, saya akan kembalikan Disqus dalam blog.

      Delete
  3. Salam Ramadhan dan selamat bersahur ya :)

    Baru first time Ummi mendengar komen discus bagi blogger partime yang masih setahun jagung macam Ummi ni, Ummi pernah sekali berjumpa komen yg seperti ini dalam sebuah blog ketika berblog walking, namun belum ada accountnya, namun pada pendapat Ummi lebih suka dengan cara yg sinonim yg lebih native buat masa ini, apapun akan cuba untuk mengetahui dgn lebih lanjut mengenai komen sebegini... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana memberikan pendapat yang baik, ikhlas dan jujur. Saya sangat menghargainya.

      Delete
  4. AJ tak kisah komen dengan disqus....
    Bagi AJ disqus tu lagi banyak kelebihan....
    Macam HH cakaplah, kita dapat tau pemilik blog balas komen kita....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tambah sikit....
      Disqus tu takdelah complicated mana pun..
      Cuma tang lambat loading tu je...

      Delete
    2. Itu salah satu ciri Disqus yang saya suka, tak mengapa .. kita lihat dulu apa kata pengunjung blog lain.

      Delete
  5. disquss mmg senang nk handle n ada untuk mobile version. for 2nd blog, im using disquss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm memang DIsqus ada mobile version. Lagipun komen-komen Disqus sync dengan blogspot. Jadi tak ada masalah nak tukar dan pindah.

      Delete
  6. macam ni, gua lagi senang nak komen.

    Disqus, bukan gua tak suka. Cuma susah gua nak komen aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar tak ada? Nak tgk profile gmbar kacak lu ... aiseh ...

      Delete
    2. ko nampak kan sekarang? lebih senang orang komen guna cara ni banding disqus. Hehe..

      disqus memang ada kelebihan. Tapi aku rasa lebih banyak kekurangan untuk keadaan orang kita.

      Delete
    3. Hmm makin banyak komen masuk daripada biasa ... tapi aku rasa sbb lu punya aura la ...

      Delete
  7. lebih suka gunakan komen yang biasa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK, terima kasih Ibu Amirul .. saya sangat harga komen Ibu amirul.

      Delete
  8. Kali pertama guna Disqus ni memang pening kepala sikit. Lebih-lebih lagi bagi blogger baru macam saya yang perlu rujuk di sini untuk sumber maklumat terkini. Kalau yang tak sabar, dan takut untuk mencuba tu rasanya akan berlalu pergi tanpa meninggalkan komen walaupun ada yang ingin ditanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm agak rugi bagi sebuah blog yang cuba nak bantu blogger baru berjaya kan? Satu point yang sangat sangat penting bagi saya. Kalau blog nak bantu blogger lain, tapi menyusahkan untuk tinggalkan komen .. memang tak bergunalah.

      Delete
  9. Saya xde masalah. Kebaikan disqus, senang tahu komen dah reply cuma loading sedikit lambat.
    Bagi sesetengah blogger, Mereka hanya nak komen, jika ada step-step/create account utk komen, ianya hanyalah menyusahkan mereka krn mereka bukanlah blogger yg perlukan semua ini. Mudah, simple dan direct...itu saja. Rugilah juga kerana mereka ini biasanya empunya blog peribadi yg rajin bw dan amat mesra berinteraksi sesama blogger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Point cukup menarik ... saya ambil perhatian apa yang disampaikan oleh Bin Muhammad.

      Delete
  10. owh...okey je memane pun.. hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi yang sudah terbiasa tak mengapa .. yangtak biasa ni .. lebih2 lagi blogger baru.

      Delete
  11. dulu gne disqus, ad yang kata leh bole nak komen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm tulah, sbb ada yang tak berapa nak reti sangat guna DIsqus ni.

      Delete
  12. yumida lebih suka komen biasa tu..haa..yg tengah HH pakai sekarang ni
    senang nak drop komen
    seringkali jugak singgah di blog HH, bila lihat disqus terus cancel nak komen
    jadi silent reader je..hehe
    bagi yumida, disqus agak menyukarkan sikit usaha yumida nak tinggalkan komen
    terpulang pd HH, pilih yg terbaik utk blog HH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula.... rindu .. hehhehee.. bila ada pembaca biasa dah tak tinggalkan komen di sini.

      Delete
  13. blog saya menggunakan komen disqus, tetapi ada terdapat banyak komentar mengatakan tidak boleh meninggalkan komen di blog saya.....pening kejap...macam mana ek...? Saya puas hati dengan komen disqus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang sedang saya lakukan sekarang, untuk hilangkan pening dan bagi membolehkan semua orang setuju dengan perubahan.

      Delete
  14. kena buat acc disqus dlu baru boleh komen HH..so far suka yang sekarang nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm bukan boleh terus daftar je ke dengan Google? Seperti yang saya ceritakan dalam pautan di atas tu .. :)

      Delete
  15. owh...
    ada guna jugak upanyer..
    thanx for tips bro HH..
    tp wat ms skang sy lebih gemar komen biasa..
    sbb mostly member blog sy x ramai yg pakai acc disquss :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm ... memang masih tak ramai di Malaysia ni, namun kalau peringkat antarabangsa, komen DIsqus antara yang disukai sebb lebih engagement dan boleh tingkatkan trafik blog dan laman web.

      Delete
  16. Saya sebenarny aprefer dengan komen bisas sebegini...discuss ini bnayak masalahnya dari segi loading dan pernah sekali saya terlupa akaun discuss maka tak ler komen..hehehehhe

    Tapi biasalah semua sistem ada pro dan kontranya kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm ya, kena ambil pro kontra untuk pilih. Sukar juga apabila kita mahukan sesuatu yang terbaik .. kan?

      Delete
  17. pcl tak kenal dgn disqus..tu pasal taktau nk bg pendapat ok ke tak. tp lbh prefer yg mudah bg kita yg nk komen, samalah kalau tak kenal dgn g+ comments...ada tak boleh sbb x daftar. Jalan yg terbaik. .sediakan pilihan utk pengunjung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm saya tertarik dengan apa yang PCL katakan, berikan pelbagai pilihan, ada nampak banyak blog berikan pilihan tersebut. Soalnya nanti, adakah tidak jejaskan kadar loading blog?

      Delete
  18. Salam HH. Saya pernah cuba guna komen disqus. Puncanya adalah bila tengok blog HH dah guna jadi saya cuba guna juga. Memang senang nak guna cuma loading agak lambat. Jadi saya bertukar semula ke sistem komen blogger yang asal.

    Untuk baca balasan komen dari tuan tanah atau komen dari blogger lain dalam sesuatu entri, saya akan klik pada pautan "Subscribe by email" yang biasanya akan diletakkan ditepi kotak komen. Memang agak leceh sikitlah bila kena klik pada pautan tu kalau nak baca komen-komen lain tapi at least kita ada pilihan sama ada nak baca balasan atau tidak. Kita boleh unsubscribe utk sesuatu komen di entri tersebut pada bila-bila masa melalui pautan di email yang dihantar oleh sistem komen blogger.

    Sekarang ni sudah ada sistem komen dari Google+ yang mana saya masih belum buat keputusan sama ada nak bertukar atau tidak kerana sistem ini juga kelebihan dan kelemahannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas pencerahan ini ... sistem Google+ pernah saya guna dan saya ada cerita serba ringkas mengenainya.

      Malah tutorial nak pasang pun saya ada buat.

      Delete
  19. patut le masa nk komen pagi td tak jumpa disqus.. bg Zam ok je, biarpun kdg2 kna ambil masa untuk tgu kotak komen disqus tu muncul

    ReplyDelete
  20. letak dua dua la hh,, ada beberapa blog dah muja tengok letak dua dua,, contohnya kat blog ni >> http://www.capital-h.my/2013/06/jom-cuba.html muja kurang suka la disqus. nak kena sign in sbb muja tak de akaun disques,, then tak de backlink,, sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Backlink tu boleh dibuat menerusi daftar akaun Disqus guna url alamat blog. :)

      Delete
  21. letak dua dua la hh,, ada beberapa blog dah muja tengok letak dua dua,, contohnya kat blog ni >> http://www.capital-h.my/2013/06/jom-cuba.html muja kurang suka la disqus. nak kena sign in sbb muja tak de akaun disques,, then tak de backlink,, sekian

    ReplyDelete
  22. ada akaun tapi tak guna lagi , mungkin untuk blog baru hehe

    ReplyDelete
  23. saya kenal disquss dari blog HH. Sy lg suka kalo sifu letak dua2. Maknanya ada pilihan utk blogger. Mn xde disquss leh komen kat komen biasa. Mana ada disquss leh komen kat situ

    ReplyDelete
  24. Replies
    1. Baca entri saya yang lepas - http://www.hasrulhassan.com/2013/03/cara-pasang-sistem-komen-disqus-blogspot.html

      Terima kasih. :P

      Delete
  25. saya lihat rata2 org yg suka disqus merupakan blogger yg dh lama ada blog n selalu drop komen kt sini or mmg sudah mngenali HH. Frankly speaking kalau org yg x de blog or blogger baru bila nmpk komen discus tu rase mcm semak je kepala otak nak kene isi mcm2. n nmpk mcm memeningkan kpala (even x kan). Now baru tergerak hati nk komen blog fav saya ni sbb nmpk simple. :) what i see... kbnyakan blog yg dpt byk komen selalunye guna kotak komen biasa jer.

    ReplyDelete
  26. Assalammualaikum...HH,

    Bagi mselim3 mmg kekadang menyusahkan lagi2 kalau xder akaun disqus nak create akaun pulak... baik3 nak tglkan komen terbantut , terus jd silence reader blog nie...tp disqus nie memang ader baik dan buruknyer...
    Kalau nak, guna komen yg boleh switch ker komen FB ker, google + atau komen biasa2 pun xper...pandangan aje tp x semesti nyer.. kan.
    Masing2 ader pandangan ttg baik dan buruk.. disqus.

    mselim3

    ReplyDelete
  27. akak guna yang biasa..rasa lebih senang...cuma teringin guna wordpress pulak,cuma x reti nak aguma template wordpress tu...cam susah jer

    ReplyDelete
  28. guna komen mcm sekrng lagi senng....dari guna disqus tuh...

    ReplyDelete
  29. sip makasih gan infonya coba dulu..


    Kunjungi juga berita seputar jabodetabek terkini
    Infonitas.com


    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement