As-Salam. Serius, kalau tak tahu bertanya. Kalau tak pandai, maka belajar. Jangan biarkan diri anda berada di dalam kejahilan. Banyak dah bukti menunjukkan betapa kejahilan itu merosakkan dan mencampakkan diri dalam kehinaan. Jangan segan dan takut.

Saya dulu sombong nak tanya. Akibatnya, banyak benda saya tak tahu. Paling malang apabila anda sudah berkahwin, anda akan menjadi 'pakar' rujuk ... isteri akan rujuk, anak-anak akan rujuk. Kalau mereka tanya, dan anda tidak tahu, bagaimana? Jelas sekali, anda akan bawa seluruh keluarga dalam kejahilan.

Elakkan Diri Jadi Blogger Jahil, Blogger Kena Cari Ilmu

Dunia blog Malaysia, nak berjaya, kena cari ilmu. Bukan apa, sebab sekarang dah makin ramai yang tahu untuk berblog dengan baik. Siapa yang rajin dapatkan ilmu, mereka inilah yang akan menyerlah. Paling terbaik andai mereka kongsikan ilmu yang mereka ada. Cara inilah yang akan mantapkan lagi pengetahuan yang mereka tahu. Kongsi, dan terima komen dan nasihat daripada orang lain. Tak adalah sesat, tak akanlah jadi jahil sangat.

Bila kita jahil, orang akan permainkan kita. Bila kita jahil, kita akan sering diambil kesempatan. Kita akan mudah ditipu - tak kiralah ditipu oleh siapa. Jangan biarkan kita berada di dalam keadaan mudah dijadikan sepak teranjang orang lain. Mahu dihormati, dan disegani, perisaikan diri dengan ilmu. Tak ada ilmu, cari. Dah ada ilmu, kongsi.

Elakkan diri jadi blogger jahil. Tak perlu sombong. Tak perlu ingat diri hebat kerana ada yang lebih hebat. Belajar itu bukan hukuman menjadi pandai, tetapi nikmat yang diberikan untuk mereka yang mahu keluar dari kejahilan.

Blogger baru atau lama, masing-masing boleh belajar sesama. Tak ada istilah kau lebih pandai, aku lebih bijak kerana ilmu ini ada pelbagai. In Sha Allah, blogger Malaysia akan jadi lebih disegani kerana ilmu yang mereka ada, dan mereka kongsi.

*p.s: Mungkin ayat agak keras, tetapi inilah realitinya ...

33 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. selalu ingin menjadi blogger yang tau serba serbi.Alhamdulillah blogger yg saya kenali semua tak kedekut dengan ilmu.insyallah akan terus mencari ilmu dari blogger2 yang otai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sukar nak jadi blogger yang serba tau, sbb benda ni adalah yang sentiasa berubah - pengetahuan dunia blog dinamik. Yang penting kita belajar selagi ada kemampuan.

      Padam
  2. Ilmu akan berkembang kalau kita sebarkan. rugi kalau dah ramai network tapi kita tak ambil can nak buat pahala.

    BalasPadam
  3. entry yang harus dijadikan panduan bagi blogger baru macam mama nih.. terima kasih di atas perkongsian...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama .. sesiapun tidak mahu terus berada di dalam kejahilan.

      Padam
  4. saya setuju sangat-sangat dengan entri ni :)

    BalasPadam
  5. Haku kah itu...hahahaa...baru berjinak-jinak blogging...tq sharing

    BalasPadam
  6. Bagus ni HH.... Kena sentiasa belajar dan belajar.... Jangan sombong dan segan untuk bertanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, selagi kita tahu mana diri kita berada.

      Padam
  7. lately ni ramai blogger dah mula berperangai bodoh sombong, so silalah ubah ye perangai cam tu...

    di lihat dari mata kasar saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapakah mereka? Harapnya saya tidak termasuk dalam golongan yang macam tu CikLily .. :)

      Padam
  8. Betul tu HH..saya pun sentiasa baca dan tengok macam mana blogger lain maju..mana yg ok saya ambil jadi panduan

    BalasPadam
  9. time ksih HH..sy mmg kne byk lg blaja & cri ilmu sbyk mgkin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya suka dengan iltizam sebegini, tak ada jalan mudah untuk dapatkan kejayaan.

      Padam
  10. saya pun budak baru belajar...dan banyak belajar dr blog HH juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Ema, saya pun banyak belajar dari blogger lain.

      Padam
  11. walaupun dah dalam blogging nie, banyak lagi nak kena belajar..

    BalasPadam
  12. sy pun budak baru belajar..klu blh bro berilah tunjuk ajar skt..hehhee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semuanya ada dalam blog ini, dah bertahun saya kongsikan tips, panduan, wodget, tatacara dan teknik untuk blogger blogspot Malaysia berjaya.

      Padam
  13. saya tengah belajar,, sebab tu salu datang blog hh,, heee

    BalasPadam
  14. tidak pernah ada limitasi belajar.. selagi masih ada masa, belajar je..walaupun dah tau sesuatu tu , dengar je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita, kalau ada tambahan, bleh tambah mana yang kurang.

      Padam
  15. Satu peringatan yang baik bang..mmg selalu cek tips2 dari blogger2 yang dah lama terjun dalam bidang ni..

    TAZKIRAH RAMADHAN : KELEBIHAN DAN KEINDAHAN HARI JUMAAT

    BalasPadam
  16. Peringatan keras tapi benar!! Saya setuju

    BalasPadam
  17. kadang2 kita belajar dari kesilapan..^^

    BalasPadam
  18. pendapat yg menarik..sy berminat nk bca 2, 3 kali..trima kasih

    BalasPadam
  19. Kena banyak membaca dan buat uji kaji jd blogger ni

    Entry Terkini : Doa Kepada Si Mati Tak Sampai Kata Sham Kamikaze

    BalasPadam
  20. yeah menuntut ilmu sampai inalilah

    BalasPadam
  21. Ayat keras bukan bererti sinis tapi membentuk.
    Tanpa teguran kita akan sentiasa diri kita bagus dan syok sendirilah jawabnya.

    BalasPadam
  22. ilmu tak pernah abis.. bila di jadikan manusia tak kira blogger ke tak kena sentiasa belajar. Yang jahil selalunya orang yang rasa dia pandai & tahu serba serbi jer bukan orang yang rasa dirinya bodoh. bila kita rasa kita bodoh kita akan terus belajar :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement