bisnes shopee
As-Salam. Sampai mana jika mahu dihulurkan tangan? Setiap blogger baru perlu bersedia untuk berdikari. Untuk sampai ke tahap di mana seorang blogger baru itu boleh bawa haluannya, ia tertakluk pada diri blogger itu sendiri. Mesti sedia, mesti berupaya.

Kita takkan boleh mengharapkan bantuan orang lain setiap masa, namun tidak salah juga di sepanjang perjalanan untuk mencapai impian itu kita bertanya dan memohon pendapat. Seandainya kita terus-terusan mengharapakan bantuan secara total, maka kita takkan berjaya mengutip pengalaman yang sepatutnya. Kita perlu ingat, bukan semua orang ada masa untuk kita, dan bukan semua orang akan ada upaya untuk memberikan pertolongan.

Saya sendiri jatuh bangun sebegitu rupa. Memang sadis bila memikirkan kembali apabila cuba meraih simpati tak bertempat di blog-blog popular. Tapi, itulah keadaannya bila tiada ilmu yang mantap, sering menagih mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin datang dengan mudah.

Ya, ada di antara cukup bersimpati. Ada di antaranya cukup ketahui akan keadaan yang melanda, namun .... kaki dan tangan bukan ada lebih daripada orang lain. Masa juga bukan ada lebih seperti orang lain. Masing-masing diberikan waktu 24 jam sehari 7 hari seminggu.

Membantu dan dibantu - dua perkara yang boleh dilakukan, samada oleh blogger baru mahupun blogger lama. Cara dan kaedah mungkin berbeza. Seorang kaya tidak dapat menjadikan seorang yang lain kaya raya hanya dengan memberikan wang sejuta ringgit, dan seorang yang miskin tidak akan terus menjadi miskin hanya kerana ia tidak berduit.

Blogger baru perlu berdikari, jika tidak siapakah yang akan dapat membantu apabila blogger yang lama tidak akan kembali lagi dengan keupayaan untuk menolong? Dari blogger baru muncullah mereka yang hebat, dari sikap berdikarilah ... blogger baru menjadi idol kepada blogger yang lebih baru darinya.

20 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. Jatuh bangun sudah jadi asam garam kehidupan..
    Jangan hanya mahu disuap, seharusnya belajarlah menyuap sendiri..

    DAPATKAN SONY XPERIA Z ULTRA DENGAN HARGA RM2299

    ReplyDelete
  2. Excellent. Berdikari dengan memerhati bagaimana blogger lama set hala tuju. Perhati bagaimana blogger lama menulis dengan gaya tulisan yang tersendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada nampak sekarang, ramai blogger baru seolah terikut corak persembahan blogger lama yang ada nama.

      Delete
  3. setuju SEKALI :) Usaha tangga kejayaan :) main thing setkan dalam fikiran yang jangan fikir nak popular but jadi penyampai maklumat yang bermakna contoh mcm blog HH.. secara automatik ada pembacanye tersendiri

    ReplyDelete
  4. Tiada tempat berpaut yang kekal selamanya. Kena bersedia untuk berdikari. Hasil usaha sendiri itu lebih bermakna dan nikmat apabila kejayaan dikecapi.
    Jatuh bangun itu perkara biasa, yg penting tidak berputus asa dan terus mencuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Bin Muhammad, namun bukan semua orang ada kekuatan untuk bangun. Benda kalau dah jatuh banyak kali, retak dan retak .. lama2 pecah jua.

      Delete
  5. setuju.. kadang2 bila terlaku mengharapkan blogger senior, blogger baru akan terikut2 dengan rentak blogger senior tu dan akhirnya, blogger baru kurang personality, kurang cara tersendiri.. belajar berdikari, belajar cari rentak sendiri..

    p/s : lain mcm je tone entri kali nih.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Ya setuju sangat. Berdikari membuatkan kita lebih kuat..itupun kalau masih berdiri.

    ReplyDelete
  7. setuju sgt! blogger baru mmg kene berdikari and itu la ape yg saya rasa 4 thun lepas wkt mula2 nk blogging..smpi skrg pada sy masih lagi dlm tempoh belajar..:)

    ReplyDelete
  8. Ini yang bertambah bersemangat.."pantang anak melayu moden berundur kalah"..huhu

    ReplyDelete
  9. adatlah bila blogging ada pasang surut dan turun naik..yang penting jangan mudah mengalah

    ReplyDelete
  10. Jangan mudah mengalah...chaiyookk....

    ReplyDelete
  11. mama pun setuju, .... kuat semangat dan sentiasa komited!

    ReplyDelete
  12. salam ramadhan # 21 bro hh
    m3h setuju dgn kata2 tu..
    usaha tangga kejayan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ... blog m3h pun boleh berjaya juga.

      Delete
  13. singgah sini. suka entry ni seorg blogger kena tabah dan yg penting ikhlas dlm berblog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi singgah sini ... rasanya pertama kali bagi komen kot .. tak biasa nampak ...

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Panduan Shopee

Free iPhone 12 Pro