As-Salam. Semua ada impian tertentu dalam dunia blog, dan salah satunya ialah untuk menjadi blogger yang dikenali. Saya dapati ramai blogger baru berkehendakkan impian itu. Tak salah pun, tetapi bukan mudah untuk dikenali seluruhnya di dalam dunia blog Malaysia ini.

Selama ini, apa yang akan membantu seseorang blogger itu menjadi terkenal adalah blogger juga. Tak ada orang lain pun. Bukan akhbar, bukan majalah, bukan media masa elektronik. Blogger juga bantu blogger lain jadi dikenali ramai.

Bantu Blogger Baru Jadi Terkenal

Apa yang saya perhatikan dan pengalaman sendiri - untuk menjadi blogger dikenali ramai ialah dengan menjadikan blogger lain terkenal terlebih dahulu. Bermaksud, anda bantu blogger lain yang lebih baru daripada anda untuk menjadi terkenal. Ya, betul-betul ni ... anda bantu blogger baru jadi terkenal, dan in Sha Allah ... anda juga akan turut dikenali oleh blogger lain.

Cara menjadikan mereka terkenal adalah bantu mempromosi. Ada banyak cara boleh dilakukan. Ia terserah pada kekuatan yang ada pada anda. Gunakan dengan cara ikhlas dan jujur. Anda boleh gunakan blog anda sendiri, mahupun laman sosial.

Setiap benda baik akan dibalas baik. Jangan kedekut sangat untuk mempromosikan blog-blog atau blogger lain. Jika anda punyai kelebihan sedikit, maka gunakan kelebihan itu untuk bantu blogger baru dikenali. Cuba anda di tempat mereka, tentu seronok bukan apabila ada blogger lain yang support anda untuk berada di dalam dunia blog Malaysia?

Lagipun nanti, anda akan dengan sendirinya mengembangkan jaringan kengkawan dalam dunia blog. Pasti anda dapat bantu membina sendiri jenama anda sesama blogger yang anda promosikan. Lihat sahaja contoh bagaimana Denaihati, Ben Ashaari membina jaringan dunia blog mereka dengan bantu promosikan rakan blogger yang lain.

Tak susah mana pun, anda boleh guna banyak cara untuk bantu. Dan kena ingat juga, yang akan menjatuhkan seorang blogger - juga akan datang daripada blogger .... :)

Adakah anda setuju dengan apa yang saya kata?

Kredit Foto: Lyssa Secret

15 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. salam abang HH, saya blogger baru sebulan berblog. minta support segmen saya.. jemput2.. terima kasih..

    Blogger sokong blogger! Blogger, jom ramai2 meriahkan! Segmen : Sebulan Berblog By Shakira

    http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/07/segmen-sebulan-berblog-by-shakira.html

    BalasPadam
  2. ini geng blogger sengal ;)

    BalasPadam
  3. true3 :)

    BalasPadam
  4. sebenarnya blogger baru bukannya nak terkenal sangat pon, cuma sesekali akan berbesar hati kl blogger senior dtg blog dan baca entri kite..:)-

    BalasPadam
  5. kdg2 blogger baru bole terkenal dgn cepat asal pandai bw diri...boleh kalah blogger otai..

    BalasPadam
  6. teringin nak jd blogger yg dikenali..hihiih

    BalasPadam
  7. betul betul betul. popular tu awal2 letak belakang. yang penting, tringin je nak berkomunikasi dengan blogger yang femes. itu jer. kadang-kadang, nak komen kat blog diorang pun rasa macam malas, sebab dah banyk sagt org mengkomen. g+ je lah sebb tu je yg skit. Hee boleh lah juga nak raih perhatian diorang tu. huhu

    BalasPadam
  8. sukmawati binti haron4 Julai 2013 pada 4:53 PTG

    setuju ....teringin nak dikenali.

    BalasPadam
  9. Tak mahu jadi blogger terkenal tapi mahu blog terkenal...boleh ke cam gitu?

    BalasPadam
  10. assalamualaikum hh...betul tu mudah2an...

    BalasPadam
  11. kena tolong menolong antara satu sama lain...ceriakan segmen orang

    BalasPadam
  12. Betul tu..selaku blogger yang sangat baru, saya sangat2 sokong tu..Kita dalam dunia yang sama..so just try achieve the best together..=)

    www.parklee324.com

    BalasPadam
  13. mari lah tolong saya jadi terkenal :p

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement