As-Salam. Ingat lagi tak saya pernah memberikan tips untuk mendapatkan pengunjung dan pembaca berderet mahu membaca entri terbaru blog anda? Dalam entri tersebut, saya ada beritahu, cara nak menulis entri evergreen adalah dengan menulis entri berbentuk penyenaraian. Lupa? Ok, boleh baca di sini - Hasilkan Entri Evergreen.
Cara mendapatkan trafik berterusan ke blog menerusi entri evergreen

Cumanya, saya tak cerita panjang mengenai bagaimana menulis entri evergreen tersebut. Saya cuma tulis serba ringkas sahaja. Saya tahu mungkin ramai daripada anda nak tahu, teknik terbaik untuk menulis entri serupa itu, yang dapat memberikan trafik tanpa putus ke blog anda.

Bagaimana Menulis Entri Evergreen atau Segar Malar?

Sebenarnya terdapat 2 teknik untuk menulis entri evergreen ini atau dalam bahasa kita disebut entri malar segar. Apakah 2 teknik tersebut?

2 Teknik Tulis Entri Segar Malar

Teknik 1 - Tulis Entri Berbentuk Penyenaraian

Satunya telahpun saya sebutkan iaitu menulis entri penyenaraian. Contoh seperti 10 blog terbaik di Malaysia, atau 5 blogger paling kacak di Malaysia. Entri-entri ini sentiasa akan dicari dari tahun ke tahun, jadi anda perlu buat satu entru penyenaraian yang bagus, dan kalau boleh menjadi satu bentuk trademark pada blog anda.

Andaikan anda menulis blog berkaitan makanan, jadi anda boleh terbitkan mengenai entri berkaitan penyenaraian resepi ataupun jenis lauk ataupun jenis kuih popular. Contohnya 5 kuih tradisional paling dicari pada bulan Ramadan, atau 10 jenis minuman buah-buahan paling sedap dimakan dengan sambal belacan .... atau mungkin entri yang lebih pendek, 10 resepi paling popular 2013.

Dari segi SEO, ada banyak kata kunci yang boleh anda gunakan untuk entri-entri sedemikian. In Sha Allah, jika setiap tahun atau bulan atau sela masa tertentu anda mengeluarkan entri sebegitu, blog akan terima trafik yang sepatutnya.

Teknik 2 - Tulis Entri Berbentuk 'Bagaimana'

Teknik kedua menghasilkan entri evergreen ialah entri bagaimana atau dengan kata lain how to. Entri-entri, tajuk-tajuk sebegini sentiasa dicari sepanjang masa. Saya pernah menggunakan untuk mencari tajuk - "How to repair a shower tap?" Fuh ..jenuh .... tak banyak yang ada. Dicari dalam bahasa Melayu, ohhh lagilah sukar. Tengok bagaimana entri seperti ini masih lagi banyak ruang untuk blog anda.

Anda boleh tulis pelbagai contoh entri bagaimana ini. Jika anda membuat blog mengenai pelancongan, boleh saja menerbitkan entri mengenai - "Bagaimana untuk Jimatkan Kos Berbelanja di Amsterdam?", atau mungkin terbitkan entri - "Cara Elakkan Cukai Lapangan Terbang" dan seterusnya ...

Serius, masih banyak ruang untuk anda menulis entri-entri yang segar malar ini. Ia entri yang akan terus memberikan trafik kepada blog anda. Mana tahu, ia akan meledak dan menjadi entri paling popular di blog anda.

Dah tahu, maka bolehlah buat. Saya dah buat, dan memang berbaloi dengan sedikit usaha untuk menjayakannya.

Ok, tips tambahan, anda boleh gabungkan kedua-duanya menjadi entri terbaik anda. Gabungkan 2 teknik tersebut, contohnya - "Bagaimana Mahu Membuat Kuih Tart 5 Jenis Terbaik Sepanjang Zaman" atau mungkin "Cara Dapatkan 2 Income Berterusan Menerusi Blog".

Fahamkan? Mudah je tu .... tutup telingan pun leh tulis entri-entri macam tu .. kan kan?






17 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. salam ramadhan bro..tip yang berguna utk blog baru cam sy..terimakasih :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ramadan Fizi. Harapnya dapat bantu ramai lagi blogger baru tulis entri terbaik.

      Delete
  2. kena kerah sepenuh idea untuk cari keyword paling evergreen kan..
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm kadangkala tak perlu nak kerah sangat pun, cuma fikir apa yang sendiri nak cari.

      Delete
  3. Kini blog saya sudah ada topik dan tajuk yg memang setiap hari ia sajalah yg menjuarai carta post view walaupun ada diantaranya di terbitkan pada tahun lepas.
    Apa yg saya lakukan adalah cuba berfikir seperti mereka yg mencari maklumat di enjin carian dan membuat tajuk entri yang mempunyai keyword yang relevan sepanjang masa kerana itulah yg menjadi kunci kepada entri evergreen!
    Teruskan mencuba, insyaallah pasti akan sangkut juga keyword yg tepat satu hari nanti.

    ReplyDelete
  4. fae main hentam kromo je bila buat entry baru haha

    ReplyDelete
  5. insyaAllah HH :) acik cuba terbaik .. setiap hari mencuba dan terus mencuba :) thanks peringatannye

    ReplyDelete
  6. Tengah memikir idea malar segar untuk entri berikutnya.
    Tq Hasrul.

    ReplyDelete
  7. Wahhh ilmu baru! tqvm sbb sharing tips,lamax update blog sbb buntu hehe

    ReplyDelete
  8. Pernah buat. Mmg berbaloi. Mencanak2 komen masuk. Page view lagila... Alhamdulillah... berkat belajar secara on9 dgn sifu. Terima kasih ya sering beri ilmu blog pd sy

    ReplyDelete
  9. entri bentuk penyenaraian memang evergreen. sy dah buat walaupun merapu alhamdulilah sampai sekarang masih orang baca. hehe. ^^

    ReplyDelete
  10. betul jugak tu HH,selalunya bila nak buat carian google..mesti guna perkataan-perkataan yang berbentuk pertanyaan...thanks sharing nie HH

    ReplyDelete
  11. setuju....pendapat yang bernas....

    ReplyDelete
  12. betul tu HH..apa yang penting mesti rajin cari info dan diolah semula mengikut pemahaman dan gaya sendiri..

    ReplyDelete
  13. SALAM, TRIME KASIH, TIPS TU BGUSSS

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement