As-Salam. Aktiviti jenayah siber memang sesuatu yang sukar dijangka. Ia boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Dan ia dilakukan tanpa belas kerana mangsanya boleh jadi sesiapa sahaja. Malah kalau diikutkan, siapa sahaja yang punyai akses ke internet adalah terdedah dengan bahaya ini. Dan aktiviti jenayah yang paling kerap berlaku dalam dunia maya ialah Phishing.

652 Laman Web Kena Sekat SKMM

Dilaporkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), sebanyak 652 laman web telah disekat kerana melakukan Phishing. Aktiviti Phishing berbahaya kerana ia dilakukan bertujuan untuk mendapatkan maklumat rahsia pengguna internet lain. Angka sedemikian bagaimanapun berkurang jika dibandingkan dengan tempoh sama tahun 2012 (Januari-Mei) iaitu sebanyak 835.

SKMM memberitahu bahawa pihak mereka boleh mengesan dan menyekat laman web yang melakukan aktiviti jenayah siber tersebut dalam masa kurang dari 4 jam. Ia dipertanggungjawabkan kepada Pusat Keselamatan Rangkaian SKMM yang beroperasi 24 jam sehari.

Dan anda jika mendapat sebarang maklumat atau menerima email yang memerlukan anda untuk memberikan data, atau klik ke satu laman web lain yang dirasakan seperti cuba menyalahguna, anda boleh melaporkan kepada SKMM di talian berikut - Biro Aduan Pengguna +60 3 8688 8000 atau boleh sahaja anda hubungi SKMM di pejabat-pejabat kawasan, anda boleh semak di sini - Pejabat Wilayah SKMM

Sumber: Kosmo Online

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Banyak info yang boleh didapati di blog ini. Saya suka (Y).

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Previous Post Next Post

Advertisement

Panduan Bisnes di Shopee

Advertisement


Rahsia Bisnes Tudung

CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement



Panduan Ternak Kambing