3 Aplikasi Foto Hangat Untuk BB10
Kebolehan menangkap gambar adalah aspek penting apabila anda memiliki sebuah telefon pintar. Terdapat beberapa aplikasi foto hangat yang serasi dengan BlackBerry 10. Mari kita lihat tiga aplikasi ini dengan teliti.Instago Instagram
Instago Instagram adalah perkongsian gambar popular rangkaian. App rasmi Instagram untuk platform BlackBerry10 masih belum sedia. Akan tetapi jika khabar angin tepat, keadaan ini mungkin berubah di jangka masa pendek. Dalam masa itu, app apa yang boleh mengganti tempat Instagram untuk BlackBerry 10? Jawapannya sudah tentu Instago.Instago merupakan aplikasi ‘client’ Instagram untuk BlackBerry 10. Ia membolehkan anda menggunakan kebanyakkan ciri yang didapati di aplikasi Instagram rasmi. Sebagai contoh, anda boleh melayari aliran gambar-gambar yang paling popular di Instagram, melihat imej individu secara terperinci serta melihat profil pengguna.
Akan tetapi, beberapa ciri Instago diterhad. Contohnya, anda tidak boleh membuka akaun Instagram baru menggunakan Instago. Anda mesti menggunakan akaun Instagram yang sedia ada. Anda juga tidak boleh memuat naik foto baru ke akaun Instagram anda, tetapi anda boleh ‘Like’ dan meninggalkan komen di foto yang muncul di aliran anda, mengikut pengguna lain serta mencari tag dan pengguna. Buat masa kini, inilah kompromi yang paling memanfaatkan pengguna aktif Instagram yang juga pengguna BlackBerry 10.
'Keep Calm' Poster Creator
Poster ‘Keep Calm' kini hangat disebarkan melalui internet. Poster yang mengandungi pepatah ini adalah berdasarkan reka bentuk yang digunakan oleh kerajaan British di Perang Dunia Kedua. Ia kini telah tiba sebagai app BlackBerry 10.'Keep Calm' Poster Creator adalah aplikasi percuma. Ia telah terbukti sangat popular dengan pengguna BlackBerry kerana diulas pengguna hampir 400 kali. Ia juga muncul untuk sebagai aplikasi yang berkualiti tinggi kerana purata skor ulasan adalah empat setengah!
'Keep Calm' Poster Creator adalah app imej editing yang mudah digunakan. Ia memberikan anda peluang untuk menggunakan poster terkenal ini sebagai template untuk rekaan anda yang akan datang. Anda boleh menukar warna latar belakang, teks di poster, gaya dan warna teks. Anda juga boleh menambahkan ikon dan emotikon untuk reka bentuk yang lebih menarik. Anda juga boleh hantarkan hasil rekaan anda ke pengguna BlackBerry 10 yang lain.
Flash Light
Flash Light bukan aplikasi fotografi. Akan tetapi, app ini menggunakan kamera dan flash di dalam BlackBerry 10 anda. Walaupun ia bukan app fotografi, Flash Light sangat berguna kerana ia mampu menjadikan telefon bimbit anda lampu suluh sementara. Jika anda pernah disituasi yang amat memerlukan lampu suluh, anda pasti faham betapa berguna app ini.Flash Light bukan sahaja menjadikan BlackBerry 10 anda lampu suluh sementara. Ia just boleh mempamerkan cahaya mengikut beberapa sumber. Contohnya, ia boleh mempamerkan nyalaan lilin, menghidupkan cahaya malar dengan tahap penggunaan bateri paling rendah, meningkatkan intensiti flash ke aras tertinggi dan sebagainya.
Sememangnya app Flash Light sangat popular di kalangan pengguna BlackBerry. Ia telah diulas pengguna BlackBerry World hampir 29,000 kali. Disamping itu, ia telah mencapai taraf empat bintang. Itu satu pencapaian yang agak luar biasa bagi mana-mana aplikasi. Jika anda pengguna BlackBerry 10, sememangnya anda perlu memuat turun aplikasi ini.
Ketiga-tiga aplikasi kamera ini menyerlahkan keupayaan BlackBerry 10 baru anda. Gunakan aplikasi-aplikasi ini mahupun sebagai alat untuk berhubung dengan kawan-kawan ataupun untuk memperkayakan pengalaman anda sendiri.
Artikel ini disediakan oleh Banyu Putro (http://www.mavens.co.uk/)
ni bb canggih ni, bb biasa tak boleh guna ke?.. hihi
ReplyDeleteAssalamualaikum. perghhh BB. dasyat tu :)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.