As-Salam. Penuh dalam mailbox saya, tak buang, kalau ada buang pun atas sebab tertentu atau tak sengaja. Dah beribu-ribu komen blog saya terima, sudah lebih 14K semenjak blog ini wujud pada tahun 2010. Banyak ... ramai dah berikan komen, daripada komen-komen tersebut, saya boleh cam pembaca dan pengunjung setia blog saya.

Pengunjung Hargai Entri Anda

Ya, bukan mudah nak menghargai orang lain yang menghargai kita. Saya bukan orang berduit, jika ada pendapatan saya kena langsaikan perkara perlu dalam hidup dulu - terutama hutang piutang. Lain pada mereka yang mungkin rezeki lebih baik, boleh berikan hadiah setiap minggu pada mereka yang tinggalkan komen merata-rata. Apa yang saya mampu buat adalah balas komen yang ada, atau simpan seperti mana yang saya lakukan kini. Kalau anda mahu dapatkan hadiah pengomen terbanyak ... maaf, blog ini tak dapat sediakan.

14000 Komen Semenjak 2010


14K komen ... nostalgia tu kalau saya baca balik satu persatu, boleh buat buku dah dengan tajuk Koleksi Komentar Terpilih Blog Hasrulhassan.com ... hehhee.. memang jenuh baca, tapi serius ... setiap kali saya ulang baca komen-komen pengunjung blog, akan ada yang buat saya tersenyum sorang - bukan sebab saya jadi gila kerana baca komen, tetapi sebab betapa ada kemesraan dijalinkan walaupun hanya pada sepotong ayat.

Komen dalam blog memang punyai pengaruh kuat. Ada kata ianya tangkal azimat buat seorang blogger terus menulis, ada pula kata ia menjadi petanda blog itu sebuah blog yang popular.

Ruang Komen Mesti Mesra Pengunjung

Apapun kata mereka, seharusnya andai mahu entri dalam blog dikomen, jangan sukarkan pengunjung yang mahu menulis sesuatu. Elakkan meletakkan sesuatu halangan yang menyukarkan komen itu ditulis dan diterbitkan.

Satu perkara yang saya belajar, jika mahu sesuatu entri itu dikomen, pastikan juga sistem komentar adalah yang paling boleh diterima oleh ramai. Kalau tidak, akan lebih ramai merungut dalam hati dari berikan pendapat bernas lagi bijaksana menerusi kotak komen blog anda.


24 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. singgah ptg sebelum berbuka..wah byk tu bro,kenangan
    tu..m3h byk dah delete..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simpan selagi boleh ... :) seronok bila baca komen-komen lama

      Delete
  2. dapat mengenang kembali sejarah komen mula2 kita berblogging hingga kini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, ingat kembali bagaimana ramai yang dah bantu dan tolong blog ini berkembang sehingga hari ini

      Delete
  3. Replies
    1. Terima kasih ... saya ingat lagi Kancil antara yang selalu komen ... :)

      Delete
  4. Replies
    1. Kagumkan mereka yang sering singgah di blog saya ni ... :) merekalah yang terbaik

      Delete
  5. 14k ... memang dasyat tu bro.
    kagum momoy. momoy baru lagi di blog ni
    pertama kali kenal time bro buat segmen singgah sahur tu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ye ke? Hmm sbb Bro klik kat follower .. rasanya dah lama kita 'kenal' ..hehehehe

      Delete
  6. Owh..mcm tu rupanya HH hargai komen pembaca..:)- saya tak simpan dlm email sebab tak suka kotak email penuh. ckp psl kotak komen, sy nak tny HH, Sy guna thesis blogger template, bleh tak sy psg commentluv kat blog saya? terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Saya dulu pun pernah pakai Commenluv ... :)

      Delete
  7. Wah, tahniah. Yup sistem komen yang paling ramai boleh guna ialah yang terbaik. Sekarang nor komen guna mobile. :) Selamat berbuka.

    ReplyDelete
  8. Yang pasti saya bukanlah seorang pengomen tegar..
    Hanya pengomen suam2..hehe

    Harga Siling Ayam RM7.70 Sehingga 11 Ogos

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu persamaan dengan saya .. :) Bro lebih suka baca, pastu beri pendapat secara kumulatif dalam blog sendiri ... sbb selalunya ramai yang tulis entri lebih kurang sama, namun ada cara, pendapat berbeza. :)

      Delete
  9. Nak komen jugalah cuba nasib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba nasib apa ehh? Ada misi apa2 ke nih???

      Delete
  10. Nampaknya sejak tukar ruangan komen dari disqus, makin bertambah komen di blog ini. Tidak minat nak tambah dgn format komen G+ ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah bercerita mengenai komen G+ sewaktu ia mula diimplimentasikan oleh Blogspot ni. Saya agak kurang gemar dengan hakikat hanya pengunjung yang ada Google+ Profile je leh komen. Nampak macam nak monopoli ruangan komen je.

      Delete
    2. Sekarang gmail dah format baru, masalah nya ada 3 kategori, email masuk merata2...Ada cara utk tetapkan jenis email masuk utk setiap kategori tak? Sekadar bertanya...jika HH tahu la...

      Delete
  11. Tahniah bro. 14k komen tu memang banyak. Itu menunjukkan blog bro ni memang popular sebagai rujukan. Saya sendiri telah letakkan blog bro ni dalam senarai blog yang akan dibaca setiap entri baru. Tahniah sekali lagi dan terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Amir.. ya saya perasan blog amir ada letakkan blog ini dalam bloglist .... saya dah tak letak sbb nature blog ini seperti itu, lagipun seperti pernah saya ceritakan mengenai SEO, bagi sebuah blog yang ada niche sendiri, bloglist berkaitan adalah cara paling penting dan baik untuk SEO.

      Juga tetapan 100 url/permalink dalam satu2 page :)

      Delete
  12. wow...banyaknya komen larat dengan tak larat jer nak baca......hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul .... kadangkala nganga gak bila nampak bertaburan komen terjah masuk ..... gagahkan juga baca walaupun ada yang tak sempat nak dibalas.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement