As-Salam. Blog ini dah tak macam dulu, biasalah .... perubahan berlaku pasti akan bawa kesan. Saya memang akan menjangkakan perkara ini akan berlaku. Jika dulu, dengan niche informasi pelbagai ... blog ni boleh capai sehingga 200-300 ribu pengunjung dalam sebulan, tetapi kini tidak lagi. Hampir separuh trafik dan pengunjung hilang ....

Namun, dalam 'kejatuhan' tersebut, blog ini telah berjaya melewati 4.5 juta pageviews dalam setengah tahun 2013 ini. Dan sasaran saya jika diberikan kesempatan dan sokongan dari anda semua, harapnya tercapailah hasrat untuk cecah hit 5,000,000 pageviews akhir tahun ini, in Sha Allah.

Statistik Mei 2013 Mengikut Google Analytics

Dah tengok statistik terkini, maka yang ini adalah statistik yang dirakam pada bulan Januari 2013 ketika baru pasang Google Analytics dalam blogspot ini.

Statistik Januari 2013

Saya kehilangan hampir 50 ribu pageviews kerana perubahan tema blogspot ini. Kalau kira dalam nilaian watawang ringgit tu ... mau terduduk dibuatnya .. ye tak?

Tapi biasalah, apa boleh buat. Ada turun naik, jatuh bangun. Agak-agak dah rendah nanti, saya jual je blog atau domain blog ni pada yang ingin nak beli (err ada ke?).

Terima kasih pada yang sudi sokong, cilok dan ambil segala panduan, tips dan perkongsian ilmu yang diterbitkan. Terima kasih kepada mereka yang sudi LIKE, yang sudi komen, dan tak jemu-jemu menimba ilmu di blog ini. Saya harap ia berbaloi dengan kunjungan anda tersebut.

Kalau bukan anda yang menaikkan blog ini, siapa lagi?


16 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Salam,
    Tahniah! dan bersyukurlah... Masih terlalu tinggi trafik anda berbanding blog saya. HH janganlah hilang semangat pula, selagi anda terus berkongsi tips dan panduan buat blogger blogspot...selagi itu saya tetap mengikuti setiap entri anda. Terima kasih...ketahuilah, amal jariah anda lebih bernilai berbanding trafik yang tinggi menggunung itu...

    BalasPadam
  2. Salam HH, takpe. Biarpun trafik menurun mendadak, janji input dalam content dapat kami mentelaah. Mana lah tahu, mungkin tahun depan makin timbul blogger-blogger newbie yang mahukan pengetahuan khusus. Blog HH lah sumber utama mereka. InsyaAllah :)

    BalasPadam
  3. ramai blogger guna blog HH sbg panduan...

    BalasPadam
  4. saya adalah peminat blog ini kerana isi kandungan yang berkualiti..

    BalasPadam
  5. waaa... sangat hebat. tahniah tahniah

    BalasPadam
  6. Tahniah! dalam diam sbenarnya saya peminat setia blog nie.. keh3. keep it up.

    BalasPadam
  7. fairus mohamad noor11 Jun 2013 pada 9:36 PG

    Tahniah bro..lme x singgah sini..cuti blog..hehe

    BalasPadam
  8. Ohh ye ke? Hmm terima kasih terima kasih banyak2

    BalasPadam
  9. Ohh tidaklah hebat mana @Carlos Santiago ... ada yang lebih hebat

    BalasPadam
  10. Terima kasih atas pengiktirafan ini.

    BalasPadam
  11. Terima kasih dan in Sha Allah ....

    BalasPadam
  12. Terima kasih @Bin Muhammad atas sokongan yang diberikan.

    BalasPadam
  13. Tahniah Bro HH, Teruskan usaha bro.. Blog saya 500k pageview tak sampai lagi.. Huhu..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement