As-Salam. Kes dengki khianat ni, manusia sebegini tidak seharusnya berada di dalam masyarakat, lebih-lebih lagi dalam masyarakat online ni. Kaki menyamar, suka ambil gambar profile orang lain untuk buat kenyataan berunsur fitnah dan lu .... cah. Kalau fikir, bukan setakat dengki, tapi masalah mental.

Inilah kejadian terbaru yang melanda blogger yang terkenal dengan meroyannya (errkkk) iaitu Mak Dara pemilik blog Bicara Mak Dara. Gambarnya digunapakai oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk tinggalkan komen yang kurang enak, malah boleh disifatkan sebagai fitnah dan lu ... cah.

Ambil Gambar Profile Untuk Sebar Fitnah


Jadi, peraturan untuk tetapkan blog perlu ada profile sah mungkin perlu dikaji dengan lebih teliti agar perkara seperti ini tidak berlaku. Akan ada salah guna yang melampau, sehingga benda seperti di atas boleh berlaku secara sangat mudah.

Kes blogger hantu hanya dan hanya jika boleh ditanggani andai semua yang berada di dunia online ini sepakat untuk bertanggungjawab, dan ikhlas dalam setiap tindakan. Tapi ia seperti satu yang sangat mustahil untuk dilakukan. Namun, tidak dinafikan, andai ada yang benar pakar boleh dan dapat membantu, perlaksanaan mungkin boleh berjaya.

Kasihan Mak Dara atau nama sebenar Adza Irdawati, penulis skrip terkenal di Malaysia apabila gambarnya disalah guna seperti itu. Anda mungkin boleh senyum-senyum kerana ianya tak berlaku pada diri anda. Cuba esok lusa gambar anda pula diperlakukan sedemikian.

Ini bukan kes pertama, sebelum ini gambar Fatin Liyana pun jadi mangsa gak, siap dijadikan cover sebuah Ebook yang tak sesuai dengan gambarnya. Dah baca? Belum? Baca INI (klik).

Mengenai profil puan Adza Irdawati tu, ia disalahgunakan di Gravatar, salah satu portal penyedia profil laman maya. Anda boleh lihat si pencuri gambar itu di sini - Profile Penyamar Mak Dara

Apa yang boleh anda lakukan untuk bantu? Anda perlu report penyalahgunaan profile ini pada pihak Gravatar.

Ramai penyamar dalam dunia blog ni, maka harus hati-hati ye kawan-kawan. Baca ini - Awas - Imposter - Impostor Batu Api Dunia Blogger


8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Asslammualaikum HH.. terima kasih HH.. saya banyakkkk dah minta tolong dgn HH.. asyik mintak tolong itu tolong ini.. tp tu lah HH saya dah anggap mcm sifu itu yg asyik mintak tolong tu hehe.. Terima kasih banyak banyak sangat sangat hargainya HH. Saya juga dah buat report pd SKMM dan www.mycert.org.my semoga manusia yg tak bertanggungjawab ini dapat diambil tindakan secepat mungkin...insyaa allah...

    BalasPadam
  2. lepas ni kena letak watermark la pasa semua gambar yang nak upload kat laman sosial.. tu pun tak menjamin tak di curi.

    BalasPadam
  3. sukmawati binti haron14 Jun 2013 pada 4:52 PTG

    sukar untuk menyekat pencuri alam maya nie....be carefulll...

    BalasPadam
  4. Kalau dah terkenal macam Mak Dara...orang pun tahu itu hanya penyamar tapi kalau xterkenal...tak pasal2 ke lokap!

    BalasPadam
  5. Biadapnya orang sebegini. Geram pulak saya baca. Inilah masalahnya bila orang kita ni suka manipulasi sesuatu benda utk kesenangan diri. Pandai ambil kesempatan yang akhirnya menyusahkan orang lain

    BalasPadam
  6. dalam web cerita lucah pun ada guna gambar blogger famous

    BalasPadam
  7. sokong terlalu banyak kes curi identiti nie

    BalasPadam
  8. Amat menakutkan sekarang ni tuan HH...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement