Jobdirumah.com, Kliks Solution Ahli PUIM

As-Salam. Jobdirumah.com adalah merupakan ahli Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM), yang didaftarkan atas nama Kliks Solution, iaitu syarikat yang mengendalikan Jobdirumah.com. Ia didaftarkan sebagai salah sebuah laman atau portal yang menyediakan latihan, panduan, kursus maya, serta menyediakan peluang pekerjaan secara online kepada mereka yang berdaftar menerusi Jobdirumah.com.

Jobdirumah Hanya Untuk Mencari Pendapatan Sampingan

Salah tanggapan paling ketara mengenai Jobdirumah ialah ia dianggap sebagai sebuah laman web yang memberikan pekerjaan online walhal sebenarnya ia hanyalah sebuah portal seperti mana Jobstreets yang hanya menyediakan peluang kerja kepada ahli-ahli berdaftar yang lain. Ini bermakna, ia bergantung penuh pada mereka yang memohon kerja melalui peluang yang telah diberikan.

Yang bezanya ialah Jobstreet lebih berpengaruh, dan mendapat pendapatan jutaan ringgit setiap tahun menerusi saham dan juga bayaran perkhidmatan menerusi iklan dan juga syarikat pengiklan. Tengok di bawah ini, bagaimana Jobstreet dapat pendapatan, beza sangat dengan Jobdirumah.com tu ... dapat RM50 je, tu pun kena potong kos operasi.



Jobdirumah.com secara praktikalnya mendapat pendapatan menerusi bayaran kos perkhidmatan yang disediakan oleh mereka sebanyak RM50 seumur hidup. Bayaran ini tiada tarikh luput dan keahlian di Jobdirumah.com boleh dikatakan kekal selagi tiada perubahan syarat dinyatakan.

Manakala peluang kerja yang ditawarkan pula adalah kerja-kerja yang memerlukan kelayakan paling minimal, dan yang boleh dilakukan secara online. Konsep paling penting ialah ia menyediakan kerja sambilan atau sampingan, dan bukan kerja tetap seperti Jobstreet.com.

Kliks Solution Berdaftar Dengan PUIM

Sebagai salah sebuah laman web penyediaan kerja online yang diselenggarakan oleh Kliks Solution, dan didaftarkan sebagai ahli Persatuan Usahawan Internet Malaysia, ia tertakluk kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Ia juga tertakluk kepada peraturan larangan mengenai pelaburan haram, program skim cepat kaya, penyalahgunaan fakta, manipulasi gambar dan sebagainya, yang mana memberi impak negatif terhadap perniagaan online.

Persatuan Usahawan Internet Malaysia

Persatuan Usahawan Internet Malaysia atau PUIM dan juga dikenali sebagai Malaysia Internet Entrepreneur Association (MIEA) merupakan badan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan dijalankan bawah Akta Pertubuhan 1965 pada 15 Oktober 2011 yang didaftarkan dibawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dan bernombor pendaftaran 4405-11-WKL.

PUIM merupakan pertubuhan peringkat kebangsaan, dimana semua ahli warganegara Malaysia boleh menyertainya. Ahli-ahli yang bernaung atau berdaftar di bawahnya tertakluk pada peraturan yang ada dalam persatuan.

Jadi, kalau anda mahu mendapat peluang untuk mendapatkan kerja sampingan atau sambilan secara online dengan mudah, boleh daftar di Jobdirumah.com. Ada banyak tawaran kerja yang boleh anda mohon setiap hari, malah setiap jam. Tidak perlu buang masa lagi untuk mencari peluang kerja sampingan di akhbar atau media lain. Pilihan di tangan anda, pilihan kerja juga di tangan anda.

Teringin? Boleh daftar di sini - Jobmudah2013

Oh ya, kalau fikir Jobdirumah.com tu tipu ... boleh saman mereka, dan boleh ajukan aduan ke PUIM. Itupun kalau anda rasa dan fikir mereka tipulah ....


Post a Comment

3 Comments

  1. kena masuk ni

    ReplyDelete
  2. saya nak cubalah.. takde cara mudah untuk dapat wang kan

    ReplyDelete
  3. Salam boleh saya dapatkan no telefon kliks solution saya dah bayar tapi tiada feedback dari mereka

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.