As-Salam. Nampaknya dalam masa seminggu dua ni, ada beberapa orang blogger blogspot mengadu bahawa blog mereka telah dipadam (deleted) oleh pihak Google. Sebab musabab tidaklah dapat saya ketahui kerana tiada butiran lengkap yang disertakan kepada saya. Namun, sekadar untuk makluman menerusi entri ini, ada kemungkinan Google tersilap padam blog; jika ini berlaku anda boleh segera hubungi pihak Google atau membuat rayuan.
Google Tersilap Padam (Delete) Blog

Google Tersilap Padam (Deleted) Blog

Selalunya, apabila blog anda hendak dipadamkan atas beberapa faktor yang akan saya paparkan di akhir entri ini, pihak Google akan menghantar email kepada anda, dan meminta anda untuk membuat beberapa perubahan dan pindaan yang diperlukan. Dan jika blog anda telah dipadamkan, anda dibenarkan untuk melakukan permohonan rayuan supaya blog dikembalikan.

Selalunya proses ini sering berlaku apabila secara tidak sengaja - yang dilakukan oleh robot anti-spam Google - klasifikasikan blog anda sebagai godam / malware / lu .. cah / atau tempat spam. Pihak Google sendiri mengakui bahawa sistem yang ada masih lagi jauh dari kesempurnaan, jadi kejadian seperti ini pasti akan berlaku. Buat blogger blogspot yang terlibat, boleh sahaja menghubungi Blogger Support untuk bantuan dan menyiasat punca sebenar blog anda dipadamkan..

Google Tersilap Padam (Delete) Blog
Google Tersilap Padam (Delete) Blog

Namun, sering diperingatkan sebelum anda meminta bantuan Blogger Support atau membuat rayuan mengenai permasalahan blog kena padam, anda dimestikan terlebih dahulu melihat beberapa contoh atau sebab mengapa blog blogspot dipadamkan.

Sebab Blog Dipadamkan Oleh Google

  • Affiliate marketing (Please, don't confuse this with "affiliate networking"!).
  • Automated traffic redirection, to another Blogger blog, or to non Google hosted content.
  • Commercially funded adult content.
  • Content created with scripts and programs, rather than by hand.
  • Content or links which reference account hacking / password distribution / password sharing.
  • Content or links which reference code deconstruction / reverse engineering, to bypass normal use of proprietary software.
  • Content or links which reference referral-based activities such as GPT ("Get Paid To"), MLM ("Multi-Level Marketing"), MMF ("Make Money Fast"), MMH ("Make Money from Home"), PTC ("Pay To Click"), or PTS ("Pay To Surf").
  • Content scraped from other blogs / websites.
  • Copyright Infringement.
  • Large blogs with multiple, unfocused / unrelated subjects.
  • Links to Illegal Downloads / Streaming / Torrents.
  • Monetizing of adult content, aka porn spam.
Anda nampak tak - berdasarkan kesimpulan yang saya ambil daripada Google Support Group Forum ni? Adakala, blog anda tidak pun buat aktiviti-aktiviti yang boleh dikenakan tindakan, tetapi disebabkan ada link yang mengaitkan dengan blog atau laman web yang anjurkan aktiviti tersebut, maka, blog anda boleh terlibat dan dianggap sebagai agen penyebaran.

Periksa blog-blog anda atau entri di dalam blog anda. Pastikan semuanya itu sah dan tidak langgar syarat Google.

 Source: Google Product Forum


17 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. assalamualaikum hh...la nape jadi lagu ni no sedihnya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum dan salam untuk pembaca/pengkomen.

      Hari ini saya adalah antara orang yang agak malang kerana 2 blog saya di padam dalam satu hari. Blog ini bukanlah blog tak senonoh atau

      Blogger
      Blog has been removed

      Sorry, the blog at serikinmari.blogspot.com has been removed. This address is not available for new blogs. Blog di padam tanpa amaran atau email di berikan. Mungkin saya termasuk dalan sebab di bawah:
      "Content or links which reference account hacking / password distribution / password sharing."

      Dibawah adalah contoh blog saya yang di padam, kalau ada sesiapa ada idea nak pulihkan;

      TQ kerana sudi membaca

      Blog has been removed
      Sorry, the blog at serikinmari.blogspot.com has been removed. This address is not available for new blogs.
      Did you expect to see your blog here? See: 'I can't find my blog on the web, where is it?'

      Delete
    2. As-Salam. Cuba hubungi pihak Google.

      Delete
  2. alamak! tak bestla camni kalau blog terdelete. Walaupun entri sumer 'bersih' tapi risiko tu tetap ada nak kena huhu

    ReplyDelete
  3. Mintak di jauhkanlah...kalau di delete, memang menangis xberlagu la...

    ReplyDelete
  4. Bro HH, cer bagi contoh affiliate marketing dan referal link yg menunjukkan buat duit kat rumah, MLM dan sebagainya yg berkenaan dgn buat duit yg boleh menyebabkan google remove sesuatu blog.

    ReplyDelete
  5. Anda tidak boleh buat blog semata-mata atas asas tadi, kalau ada blog, pastikan kandungan utama blog (blogspot) adalah lebih daripada entri-entri berkenaan MLM, atau Affiliate.


    Untuk elak kenakan penalti di atas, paling penting anda tidak menyruh orang secara direct tetapi lebih menceritakan mengenai khidmat, mengenai produk daripada terus suruh orang daftar. Cara tu dianggap tidak langgar syarat.

    ReplyDelete
  6. APapun kena jugalah berhati-hati @Kenit Cinonet

    ReplyDelete
  7. itulah dugaan seorang blogger..mula - mula merangkak, bler baru nak bertatih, pasti terjatuh..yg penting kita bangun semula n mencuba.

    ReplyDelete
  8. sedihnya macam ni... bro HH, aku ada soalan ni...

    kalau ada domain sendiri tapi tak ada hosting boleh kena delete juga ke?

    lagi 1 pasal link macam source atau saya nak direct orang daftar affiliate program guna hyperlinks tanpa nofollow boleh kena delete juga ke?

    ReplyDelete
  9. yg tu xder hal. bila ada domain sendiri. bila google delete, boleh recreate semula blog with another account. tak pun buat hosting. yg pasting domain tu xkan padam. so, user dah tahu. aku pun dah register domain untuk bankami.blogspot.com kepada bankami.net.

    ReplyDelete
  10. Itu lagi mudah kena delete bila tak ada hosting sendiri. Yang senang kena delete ni hosting percuma ... sbb bukan kita punya. :P


    Selalu nofollow link ni akan selamatkan blog kita. Tapi dari segi SEO, tak berapa bagus.

    ReplyDelete
  11. Memang perlu hati-hati. Itu sebab adalah lebih baik letak bloglist yang boleh percaya je.

    ReplyDelete
  12. o... kena bertabah sungguh jadi blogger ni ya sifu... padah juga even ada backlink. Mn nk cek sgt2 entri terdahulu blogger yg kita backlink tu... Tahniah sifu pnyer blog dh ok. Ms hr tu, nk buka asik blog diremove. Kempunan nk mmbaca. Hr ni bls dendamlah ni. hehe...

    ReplyDelete
  13. Blog kedua kena padam hari ini:


    Blogger
    Blog has been removed

    Sorry, the blog at serikinmali.blogspot.com has been removed. This address is not available for new blogs.

    Did you expect to see your blog here? See: 'I can't find my blog on the web, where is it?'

    ReplyDelete
  14. Samalah nasib...dh dua kali blog di remove...ni tgh buat yg lain...x thulh cmne plk...nk kata buat spam x delah...just ltk link affiliate je...xkn tu pn x blh....hbis tu cmnelah cmne asyik kna delete je....sedihnya

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum, saya ahmad dari indonesia, saya ada jumpa blog anda dan bisa diregister kembali, jika anda menginginkannya kembali silahkan reply message ni atau contact me via email. Terimakasih
    http://serikinmari.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Sebelum Selepas

Bisnes Shopee

Rahsia Bisnes Online di Shopee
Klik Sini

Buat Duit USD dengan Dropship