As-Salam. Opss ... blogger suka dedah? Dedah apa? Dedah tubuh badan? Dedah pusat? Dedah peha gebu? Dedah otot? Dedah belahan dada yang mengiurkan? Hahahaha .. bukan bukan. Bukan itu maksud tajuk entri bahaya blogger yang suka dedah. Ia merupakan satu topik yang merujuk kepada bahaya blogger mendedahkan identiti diri.

Adakah anda tergolong dalam kategori blogger yang suka dedah identiti diri ni? Maksud saya, hampir setiap ceruk hidup didedahkan pada umum, pada pembaca blog, pada pengunjung yang tetiba tersesat ke blog anda? Bercerita soal anak, jumlah pendapatan Nuffnang dalam bank, nombor plet kereta, nombor telefon, alamat rumah dan sebagainya?

Bahaya Blogger Yang Suka Dedah Identiti Diri

Sebenarnya ada bahaya menjadi blogger yang terlalu mendedahkan identiti diri ini. Anda seharusnya sorok-sorok sikit perkara yang mungkin akan datang mudarat pada diri dan keluarga anda - jika tidak di masa terdekat, mungkin jangkamasa panjang. Sesiapapun boleh buat onar kepada anda, andai segala perkara peribadi dipapar dan dihebah menerusi blog.

Berbeza dengan laman sosial di mana ada fungsi yang boleh anda sorok beberapa perkara dari pengetahuan umum. Jika dalam blog, sekali anda terbitkan, maka ia akan terus melekat dalam dunia internet ni, kecuali anda memadam informasi tersebut dengan cara yang betul dan berkesan. Saya pernah berikan panduan bagaimana nak padam secara total entri yang terlalu peribadi yang boleh merosakkan diri sebelum ini (pandai-pandailah search ehh ..:P)

Ramai Blogger Ternama Ada Sisi Misteri

Anda perlu tahu batasannya. Ramai juga blogger yang kekal misteri, samada dalam aspek keseluruhan atau separuh. Contoh antaranya; Ben Ashaari, Mat Gebu, Titan, Denaihati, dan ramai lagi. Mereka ini ada sisi rahsia yang tidak diperhebahkan untuk pengetahuan umum.

Bahaya Tanpa Diundang

Bahaya boleh datang dari pelbagai arah. Dan ia boleh datang dalam pelbagai bentuk. Maka, berhati-hatilah setiap kali anda menulis cerita dan kisah dalam blog anda. Jangan sampai akan ada manusia akal tak betul salahguna apa yang dikongsikan itu untuk kepentingan mereka sendiri dan membuat onar dajal kepada anda, serta keluarga anda.

Beringat sebelum kena.

*p.s: Nasib baik diri saya ini belum dikenali secara total ... huhuhuhu....


13 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Salam,
    Saya amat setuju... tidak semua perkara perlu dikongsi bersama pembaca. Kadangkala misteri/rahsia itu juga menjadi tarikan.

    ReplyDelete
  2. Ahha, saya paham..
    Ada perkara yg boleh kita kongsi dan dedahkan tapi bukan semua lebih2 lagi perkara yang boleh mengundang bahaya. Misteri? so far saya cuba nak kekalkan kemisterian itu bermula dgn nama dan gambar =) terima kasih atas nasihat dan saranan cikgu ni

    ReplyDelete
  3. Nurmujahidah IsmailJune 2, 2013 at 5:49 PM

    ok. insya ALLAH saya paham,, :)

    ReplyDelete
  4. tomato gurl a.k.a cik tomJune 2, 2013 at 10:20 PM

    setuju tue..bahaya kalau semua perkara nak dedah...huhu

    ReplyDelete
  5. Insha Allah..saya tak dedahkan segalanya kerana privacy perlu dijaga agar tidak mendatangkan masalah kepada saya nanti

    ReplyDelete
  6. dlm ape2 pun bidang yg kita join tu, kita hanya perlu dedahkn yg perlu jer..tp still kene berhati2 sblm expose info2 tu sbb nnt mungkin ade pihak tak brtggjwb akan gunakannya dan kesannya nnt akan berbalik pd kita jugak..bukan smua bende boleh share, stakat2 yg perlu shj pun dh cukup..



    lg satu kene ingt, apa matlamat sbnr kita bile join dunia blogging ni..nk popular ke, duit ke, etc. etc. etc...



    nama btul saya pun saya xdedahkn di blog :-)

    ReplyDelete
  7. Ya, ada keistimewaan buat mereka yang misteri ini. Terima kasih @blade H kerana masih setia singgah baca entri tak seberapa ini.

    ReplyDelete
  8. Hehehehe @tomato gurl a.k.a cik tom nanti tak leh cari makan .. :) biasalah manusia ni .. ada yang suka main pasir masuk dalam periuk nasi.

    ReplyDelete
  9. Errrr cikgu ehhh? Nak jadi cikgu besar boleh tak @babycomel ?

    ReplyDelete
  10. Betul tu @Bin Muhammad ... saya sendiri lihat ada blogger yang penuh misteri berjaya dengan cara tersendiri dalam dunia blog Malaysia ini.

    ReplyDelete
  11. betul tu. sebab kita tak tahu siapa pembaca blog kita. mana tau musuh kita yg sedang mencari kesalahan diri. more better be an anonymous

    ReplyDelete
  12. setuju dengan entri nie

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement