As-Salam. Blogbuster adalah satu bentuk iklan terbaru yang diperkenalkan oleh Nuffnang untuk ahli Glitterati. Iklan ini berbentuk sistem iklan berubah atau dinamik, di mana iklan yang berada dalam blog anda boleh diperluas (expandable) atau diperbesarkan, atau dengan kata lain, saiz iklan blogbuster ini boleh berubah kepada saiz yang lebih besar daripada saiz biasa iklan Nuffnang yang diletakkan dalam blog.

Bentuk Iklan Blogbuster Nuffnang

Bentuk iklan blogbuster ialah dari jenis iklan video, dan dalam konteks iklan Nuffnang, video tersebut merupakan video yang anda sendiri buat, atau lakonkan. Ehemmm ... sesuatu yang menarik ... boleh jadi pelakon dalam iklan .... silap-silap, jika iklan itu best, boleh diterima jadi duta iklan blogbuster Nuffnang .. hehehehe....

Bukan semua blogger yang daftar dengan Nuffnang mendapat peluang menjana pendapatan menerusi bentuk pengiklanan blogbuster ini. Hanya blogger yang memilih kriteria jenis iklan expandable sahaja akan diberikan peluang lumayan ini.

Cara Untuk Membolehkan Blog Dapat Tawaran Iklan Blogbuster


Pertama sekali anda perlu ke Update Survey, dan kemudian pada soal selidik nombor enam (6) sila klik Yes untuk expanding ads. Itu sahaja.

Tips Dapat Iklan Blogbuster Nuffnang - Panduan Blogger Blogspot

Tips Dapat Iklan Blogbuster Nuffnang - Panduan Blogger Blogspot Malaysia

Maka, dah siap dan sedia untuk blog anda menerima tawaran, jika ada daripada Nuffnang. Jenis iklan ini memerlukan anda sedikit kreatif. Jika cukup kreatif dan menarik, anda mungkin akan berjaya menjana pendapatan yang agak lumayan darinya.

Pendapatan Lumayan Menerusi Nuffnang Blogbuster

Ada rakan blogger yang memberitahu, melalui blogbuster, anda dengan mudahnya boleh mendapat sehingga RM400 untuk sekali tempoh iklan ini dipaparkan, dan jumlah ini mungkin akan jadi lebih jika trafik ke blog anda agak baik, serta dengan syarat video ini terlaksana dipaparkan dalam satu jangkamasa yang telah ditetapkan - antara 10-15 saat.

Setiap blog yang ditawarkan blogbuster ini akan dimaklumkan menerusi email, maka penting untuk anda sering menjenguk inbox email anda dari semasa ke semasa.




27 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Apa? Sehingga RM400 dalam 10-15 saat?

    Dahsyat.

    Berita gembira :)

    Memang makin ramai blogger jadi jutawan.

    BalasPadam
  2. Saya doakan tuan HH kaya dan berjaya :D

    BalasPadam
  3. Bukan ... boleh dapat RM400 apabila iklan tu running dalam blog. Bukan saya kata .. tapi baca entri sebelum ini .. ada blogger lain yang kata.

    BalasPadam
  4. Oh... terima kasih atas maklumamnya :)


    Selamat mengundi Tuan HH ^_^

    BalasPadam
  5. tengah cari idea ni..hehe

    BalasPadam
  6. fairus mohamad noor5 Mei 2013 pada 9:51 PG

    wah..menarik ni..hehe

    BalasPadam
  7. ada dapat email dari nuff for this, tapi tak de masa nak buat... huhuhu

    BalasPadam
  8. a'ahh ada yg dah dapat dari blogbuster dg haritu rm30 masyuk2..creative blogger ni boleh wat video.

    BalasPadam
  9. Saya pun dok tengah cari idea lagi nak buat ni ..

    BalasPadam
  10. Nanti saya kongsikan idea dari blogger yang dah buat untuk blogbuster sebelum ini - Digi.

    BalasPadam
  11. Dah lama tinggal Nuffnang ni.. Errmmm

    BalasPadam
  12. Blogbuster? Hmm...nanti nak check balik la emel, kot-kot ada dapat emel Nuffnang

    BalasPadam
  13. dah lama cari camne nak buat iklan ni, thanks

    BalasPadam
  14. pernah dapat rasanya..kalau tak salah iklan Acer..ingat2 lupa pulak...tak buat pun sebab tak pandai la buat video

    BalasPadam
  15. Nak mudah, check pada akaun Nuffnang @ainim86 Suju

    BalasPadam
  16. First try blogbuster ni, alhamdulillah dpt RM70 :)

    BalasPadam
  17. Iklan tu ... kita hantar video yang dah kita buat pada mereka, lihat pada tab blogbuster dalam akaun Nuffnang. Submit kat situ. Mana-mana video yang berjaya sahaja akan dipaparkan

    BalasPadam
  18. mcm mana nak pergi pada survey tu ya? sorry org baru

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada bahagian listing blog tu ... klik pada nama blog anda tu .... akan ada senarai macam di atas.

      Padam
  19. okay.. bru nk cuba buat video.:)

    BalasPadam
  20. dpt tawaran ... tp tak tahu nk buat iklan video macamana .. hehehh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement