As-Salam. Maaf kepada mereka yang mungkin secara tiba-tiba tersesat ke blog ini mencari artikel, cerita atau entri lama yang mungkin telah HH hapuskan. Maaf, kerana apabila ia berasakan tidak lagi sesuai, HH perlu 'pindahkan' atau hapus terus bagi menjaga niche blog ini.

Dulu lain, sekrang memang lain ... ini merupakan satu perubahan yang perlu dilakukan. Apabila anda telah lama berblog, dan menjumpai perkara atau bahan yang menjadi topik utama untuk anda tulis, maka secara automatik, anda akan cuba ubah penampilan dan persembahan blog anda.

Dulu Lain, Sekarang Memang Lain, Ini Satu Perubahan

Setiap blog akan alami proses sebegini. Bezanya adalah lambat atau cepat. Mungkin, dalam setahun dua berblog, anda sebagai blogger sudah tahu apakah inti utama yang harus disampaikan dalam blog anda yang sebelum ini mungkin carca marba.

Andai anda seorang blogger baru, memang perlu anda bereksperimen dengan segala macam informasi di dalam blog. Lebih-lebih lagi apabila anda kurang jelas mengenai tujuan anda berblog, dan cara anda mahu tampilkan blog anda. HH sendiri buat blog dengan pelbagai cerita di awal mahu tampil dalam dunia blog ni. Carca marba dengan macam-macam benda, main tulis ikut dan.

Seperti yang HH beritahu, semakin lama .... anda dah terbitkan banyak entri, macam-macam genre, ada hiburan, ada tips, ada tutorial, ada gambar, ada cerita politik ... akan sampai satu masa dan ketika, semua jadi jelas pada pandangan anda. Anda sudah tahu cerita dan entri mana paling serasi dengan diri selain mendapat sambutan dari pengunjung dan pembaca.

Anda mahu jadi blogger yang baik dan bagus, maka jangan malu-malu dan sipu-sipu meneroka segala macam informasi untuk anda jadikan satu input dan output menerusi blog. Tambah lagi, bila jadi banyak perkara, anda akan juga buat banyak lengok bahasa dalam cara penulisan. Dari situ, anda juga boleh tahu ...ohhh ...ini caranya mereka suka.

Bila segalanya sudah jelas pada minda, bolehlah anda perbaiki, dan tampil khusus dalam dunia blog dengan genre dan niche tersendiri. Bila sebut blog A ... dah boleh tahu, cerita apa yang ada di dalam blog tu.... jenama tu ... contoh terbaik macam ini - bila cakap Colgate, dah boleh tahu ia merupakan ubat gigi. Bila nak beli ubat gigi ... kita pun akan cakap - "Man..... pi beli colgate ... dah abis ni" Walhal ... kita tak beli pun jenama Colgate, tapi Safi ... :)

Perubahan perlu, dan ia berlaku dari semasa ke semasa.



6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ya, saya setuju. Kerna blog saya juga baru 'berubah' dan memdeletekan entry lama yang kurang sesuai..

    BalasPadam
  2. setju dgn HH..perubahan perlu dilakukan...

    BalasPadam
  3. perubahan wajib dilakukan...


    nk jaga imej kita sebagai blogger tu amat susah.


    saya amat menyokong kata tuan.

    BalasPadam
  4. Bolehlah saya katakan tuan melakukan 'rebranding' atau penjenamaan semula terhadap blog tuan. Kalau boleh saya katakan begitu. Rebranding amat perlu dalam semua perkara untuk sesuatu yang lebih mantap.

    BalasPadam
  5. sesekali kita kena berhijrah bagi memantapkan prestasi blog kita....

    BalasPadam
  6. bagus juga tu HH...tapi saya akan kekalkan dengan yang sekarang kerana itu adalah blog personal..hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement