As-Salam. Kasihan rakan blogger yang hadapi masalah ini. Ingatkan masalah tepi longkang rumah Mat Ajib je, tapi rupanya ia masalah Sungai Bong Adi, semua rumah kena, banjir dengan bau air hanyir dan busuk sampai lalat pun lari tak tahan dengan bau yang over level. Hmm .. ramai blogger yang jadi mangsa merungut dan ada yang sudah hampir hilang rambut kerana rungsing masalah masih tidak selesai.

Blog Kena Hacked Masih Tak Selesai Masalah


Ya, blog kena godam. Bukan kena godam semalam, tapi dah berhari-hari. Bukan satu dua blog, tapi HH dimaklumkan banyak blog bawah satu syarikat hosting tu yang terkena bahana ini. Adakah ini kerana blogger-blogger ini masa mendapatkan hosting blog mereka tidak melihat 4 jaminan perlu anda untuk dapatkan hosting berbayar? Itu, HH tak tahu ... nak kena tanya mereka. Tanyalah kalau berani, silap-silap nanti kena ketuk tang dahi ... hehehehe....

Siapa salah? HH berani kata, ini bukan salah pada blogger, kenapa? Sebab blogger adalah pelanggan kepada syarikat hosting berbayar ini. Kalau anda tidak dapat berikan khidmat terbaik, akui sahaja, minta maaf, dan cepat perbetulkan keadaan. Jangan tunggu masalah menjadi parut bernanah, nanti susah dan ambil masa nak baik. Bila dapat anak kudis, cepat-cepatlah ubat ... takkan nak biar sampai nak makan cendol terpaksa garu kudis yang melarat.

Serius, blog dah cantik molek, ranking dah best, ramai yang baca .... tapi bila berlaku masalah blog kena hacked, dan ia masih satu masalah yang tidak selesai, yang kena tanya jutaan soalan bukannya tauke hosting tu tetapi pemilik blog.

Apapun, harapnya masalah ini akan selesai secepat mungkin. Bukan HH sahaja dok berkata-berkata soal ini, ramai lagi blogger dah nyatakan pandangan mereka.

Dan pada anda, blogger blogspot yang sedang bercita-cita nak dapatkan hosting, cari ilmu dan panduan sebelum anda bayar apa yang anda mahukan.

Oh ya, lebih setahun dahulu (2011), ada rakan blogger bertanyakan pasal hosting ini, masa tu HH masih belum ada lagi blog hosting sendiri. Boleh baca mengenainya - 9 Persoalan Mengenai Blog/Hosting


13 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. memang bleh gila nie...


    skang aku bleh pecaya (setakat nie) adalah rajawalihosting.com


    cepat je dorg respon bila ada masalah.

    BalasPadam
  2. memang ada satu hosting ni.. saya ada subscribe pakej.. baru jer renew dah kena hacked.. lepas tu tak nak tolong mcm mana nak solve masalah.. nak detect puncanya.. terus kena suspend sampai sekarang.. tobat takkan guna provider tu lagi.. ticket sebulan baru balas..

    BalasPadam
  3. Adakah syarikat itu bermula dengan F?

    BalasPadam
  4. sepertinya anda tak tahu sama sekali apa itu hosting dan sebab kena godam.anda harus banyak belajar sebelum membuat posting ino

    BalasPadam
  5. blog saya pun dah tak boleh buka...x tahu mengapa......

    BalasPadam
  6. Yang bermula dengan F tu saya tau dah hosting apa. Bab CS memang slow dan mereka cuba mengelak.

    BalasPadam
  7. Bukan dah ada warning ke blog WP akan kena serang dengan Hackers secara besar-besaran. Sebab ada provider hosting yang maklumkan pasal masalah tu.


    sebab tu saya malas nak berhosting. bukan sebab takut kena hack. tapi takut CS tak melaksanakan tanggungjawab mereka. lagipun memang patut customer bising. sebabnya hosting tu depa bayar dan bukannya free.

    BalasPadam
  8. Blog tak boleh buka tu ada banyak sebab. tak semestinya kena hack, periksa apa yang patut dan hubungi pihak hosting.

    BalasPadam
  9. Betul. Hmm ... kena pandai pilih syarikat yang sentiasa pantau server mereka... tentu kejadian seperti ini boleh dielakkan.

    BalasPadam
  10. Err blog blogspot tu ok je .. tadi tgk boleh baca semua .. :P

    BalasPadam
  11. WP mudah kena hack...promoter-promoter WP selalu terlupa (dgn sengaja) mention benda ni. Yang kita selalu dengar ialah kalau nak berblog secara serius berpindahlah ke WP :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement