As-Salam. Fatin Liyana .... kenal? Kalau ikut kamus, HH boleh katakan mengenali Fatin Liyana, sebab tahu rupa wajah Fatin Liyana ini macamana, andai polis keluar notis suruh tangkap, boleh je cari ...hehehehe... tapi yang pasti, Fatin Liyana tak kenal HH ... tak pernah tau pun wujud blog ini - Panduan Blogger, tapi tak dinafikan, blogger cun dan berkarisma ini pernah singgah dan baca blog ini satu ketika dahulu. Masa tu, HH masih 'remaja' dan kacak ...hehehehehe...
Bagaimana Fatin Liyana Asri Urus Pembenci Dirinya?
Ramai blogger yang tertarik hati dengan Fatin Liyana. Fatin Liyana berpendidikan tinggi, cantik, berbudi bahasa dan pandai bergaya, maka ramailah yang suka. Blog Fatin Liyana sentiasa sahaja ada kunjungan dari merata tempat. Ramai blogger terutama dari kalangan remaja perempuan mahu jadi sepertinya. Tak kurang juga blogger lelaki yang taruh hati pada si Fatin Liyana ni.
Bukan blogger, ramai di luar dunia blog Malaysia yang juga mengenali gadis ini. Muncul banyak kali di media massa. Majalah ada sahaja yang tampilkan wajah manis Fatin Liyana ni.
Di sebalik segala benda, tidak dinafikan, ada hati, ada manusia yang tak begitu senang dengan apa yang ada dan dikecapi oleh blogger Fatin Liyana ini. Mereka samada secara terang mahupun invisible man, menerapkan rasa ketidak-sukaan terhadap Fatin Liyana. Ada sahaja isu yang cuba dipanaskan dalam dunia siber untuk menunjukkan sisi aib yang ada.
Caci Maki Sebati Dalam Diri Fatin Liyana
Namun, Fatin Liyana seperti katanya, bukanlah orang sebarangan; sebagai seorang yang belajar untuk menjadi doktor, cemuhan, maki dan segala bagai sudah menjadi intipati dalam kehidupan. Maka, apabila dirinya 'diserang' oleh mereka yang tidak suka akan dirinya, secara mudah, Fatin Liyana menangkis dengan senyuman di bibir.
Beginilah hidup. Fatin Liyana tidak gelabah seperti sesetengah dari kita. Dia cekap tanggani masalah pembenci ini. Seperti yang pernah HH sampaikan dalam blog ini, lebih baik beri madu dari beri racun. Kalau bagi racun, sah-sah kita dah anggap membunuh, bunuh orang ...masuk neraka oooo ... kan baik bagi madu, leh dapat pahala.
Walaupun ada yang tak suka, kita mesta sentiasa berfikiran positif. Jangan sampai mereka yang menjadi pembenci ini lenyapkan semangat dan kesukaan kita dalam dunia blog ini.
Memetik Fatin Liyana di dalam blognya:
So back to my haters. Lets spread the love and stop hating each other. I will never sakit hati since I got a lot of work to do and I forgot already how to actually feel the sakit hati. Nanti you guys yang sakit hati sebab I takkan bagi respon and you guys keep stalking my blog and fanpage, hoping that I will serang balik, which I assure, will never happen. From the bottom of my heart, I am very sorry kalau I ada buat something yang korang dislike. But believe me, the only reason I blog is to share my thoughts and experience. Hope that we all can be friends and create a healthy relationship among us. Take care =) !
Dan kerana inilah, Fatin Liyana terus terusan menjadi kesukaan ramai di sebalik ada hati kelam yang tidak berasa senang dengan dirinya.
Sgt suka beliauuuu...
ReplyDeletefatin liyana memg baik....
ReplyDeleteBukan mudah untuk berhadapan dengan masyarakat apabila dikenali ramai.
ReplyDeletetak semua yang kita buat, orang suka..
ReplyDeleteBukan semua orang suka pada kita.
ReplyDeleteSuka dengan kak Fatin. Sentiasa cool dan bijak dalam menangani masalah.
ReplyDeletebetul abg hasrul, kita xtahu sape yg benci n tak suka kita, yg penting kita positif dan lakukan benda yg kita suka.. lnatak p sama hater tu..hohoho
ReplyDeletedia nia cool jer...tgk muka sekali mesti nak pandang berkali-kali....
ReplyDeleteFatin Liyana ada aura boleh tarik readers baca blog dia walopon dia jarang update..kadang-kadang tertunggu-tunggu plak entri blog honeykoyuki ni hehe
ReplyDeleterilek2 & sentiasa cool.. terbaik ;)
ReplyDeleteHadapi dengan senyuman.. Saya ngt lagi pernah sehari tu saya layan vedio temuramah dalam 1 rancangan tv.. saya pun x ngt rancangan apa.. fatin sendiri kata memang ada yg membenci.. kena sabar n kuatkan semangat.. :)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.