As-Salam. Keek - satu fenomena baru yang kini sedang hangat dan semakin meningkat kepopularitian, terutama mereka yang gemar bervideo. Laman sosial ini pantas mendapat tempat buat mereka yang suka muncul dalam video pendek. Ia menjadi kegilaan ramai, terutama mereka yang mungkin boleh dikatakan gila bervideo (video-whoring). 

Keek - Laman Sosial Terbaru Berkonsep Video Pendek

Keek - Laman Sosial Terbaru Berkongsi Video Pendek

Laman sosial Keek ialah sebuah laman sosial yang bercirikan perkongsian video pendek. Video boleh dimuat-naik secara mudah dengan hanya menggunakan kamera video telefon pintar. Anda boleh muat-turun aplikasi laman sosial Keek ini samada di AppStore, Google Play mahupun BlackBerry World.

Durasi Pendek Buat Keek Popular

Memandangkan ia merupakan laman sosial video berasaskan kepada rakaman menerusi telefon pintar, kebanyakkan video yang dimuat-naik adalah berdurasi kurang dari 40 saat. Ia semakin popular kerana cirian perkongsian video pendek ini adalah unik dan mudah buat pengguna-pengguna telefon pintar.

Pengguna Keek Popular di Malaysia

Di Malaysia, semakin ramai telah menggunakan Keek terutama mereka yang bergelar artis atau selebriti sebagai salah satu cara yang mengujakan berkongsi kegiatan harian mereka bersama peminat. Antara pengguna Keek popular di Malaysia termasuklah Nora Danish, Lisa Surihani, Siti Nurhaliza, Tomok, Neelofa dan ramai lagi.

Keek Neelofa - Video Seksi Neelofa

Apabila cakap artis, pastilah jumlah pengikut dan mereka yang langgan Keek mereka dah capai ribuan dan jutaan. Ini sekaligus mempopularkan laman sosial baru ini.

Cirian Keek

Antara cirian menarik Keek ialah, video boleh dilihat serata dunia tanpa sempadan - tanpa sebarang sekatan - tanpa sebarang tapisan. Ia bebas dilihat dan dipertontonkan hanya menerusi telefon pintar atau laman sesawang Keek. Anda boleh pilih origin video yang ingin anda tonton. Anda boleh rakam video atau muat-naik Keek melalui dua cara - satu menerusi telefon bimbit pintar dan menerusi webcam komputer anda (laptop mahupun desktop).

Cirian Keek - Laman Sosial Terbaru Berkonsep Video Pendek
Keek boleh didaftar secara percuma menerusi Twitter dan Facebook, atau login menggunakan nama akaun atau email anda. Anda boleh pilih sesiapa sahaja untuk anda ikuti (follow) atau jadi 'pelanggan' video ahli Keek yang lain, tanpa had dan tanpa perlu persetujuan (approval).

Isu Yang Mungkin Timbul Guna Keek

Persoalan mungkin timbul dari segi moral dan tatacara penggunaan laman sosial video ini. Seperti mana laman sosial yang lain, jika digunakan ke arah kebaikan, tidak mengapa, jangan sampai ia menjadi satu agen kepada perkara mungkar yang akhirnya nanti akan melenyapkan umat dek kerana kepribadian yang telah hancur semata teknologi.


5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. nasib baik tak letak gambar boni kacak dengan keek separuh bogelnya. haha

    BalasPadam
  2. jarang guna keek, saja je bukak akaun. haha

    BalasPadam
  3. Baru je buka ... lepas ABPBH ari tu .. sbb ada kawan rekomen suruh tgk ..

    BalasPadam
  4. Hahahaha... ada gak fikir nak letak tadi .. tapi ishh ... nanti terlebih glamor lak si Boni ...

    BalasPadam
  5. Saya baru jark tau kewajudan bentu tu..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement