As-Salam. Ada rakan blogger, yang baru nak buat blog. Katanya; "Mula tengok orang buat blog macam senang, tapi bila sendiri buat .. susah juga rupanya". Ya, kalau tengok sekali imbas, nampak memang mudah. Dan memang mudah pun nak buat blog, apatah lagi menerusi blogspot yang dah tersedia segala macam benda, hanya drag n drop atau copy n paste sahaja. Memang cukup mudah.

Tetapi, apa yang dimaksudkan oleh rakan blogger tadi tu, ialah bagaimana nak buat sebuah blog terbaik!. Blog terbaik ambil masa dihasilkan, ia bukan makan masa hari atau bulan, tapi bertahun. Ramai blogger yang buat blog mengharapkan agar blog boleh jadi dikenali dalam masa singkat, tapi sebenarnya ... fuh .. siyes, ramai blogger antaranya Denaihati, Ben Ashaari, Kujie, Madam Mondoq, Affan Ruslan, Eizil yang dah buat blog lama, malah ada buat blog sebelum adanya blogspot lagi.

Blog Terbaik Ambil Masa Dihasilkan

Untuk buat sebuah blog terbaik, anda sebagai blogger kena dan perlu babitkan diri dengan pengalaman. Kena dan perlu rasa blog tak ada pengunjung, perlu rasa blog ada masalah, perlu dan kena hadapi blog dikritik. Semua ini perlu agar anda mematangkan diri selok belok dunia blog. Anda perlu cuba semuanya.

HH pernah cuba buat entri politik, entri gossip, entri agama. HH pernah buat blog yang hanya buat entri copy-paste, pernah buat blog yang dok cerita skandal dan macam-macam lagilah. Semuanya dibuat agar untuk alami dan tahu sendiri.

Blog ini sendiri dah bertukar banyak kali reka bentuk. Macam-macam widget dah pakai, shoutbox, mister linky, autoblogwalking, letak lagu, letak salji, auto-ping, ohbelog, apesal ... uhh macam-macam, dan dah lihat dan rasai kebaikan dan keburukan.

Blogger Kena Berani Untuk Gagal

Kita, sebagai blogger kena berani bereksperimen. Kena ada cuba untuk gagal. 

Nuffnang sendiri beberapa kali on dan off status Glitterati, Google Adsense pun sama, dah beberapa kali kena penalti. Dari masalah-masalah yang berlaku, HH cuba selidik dan perbaiki apa yang boleh. Cari ilmu dengan blogger lain, belajar senyap dan cuba senyap-senyap. Bila silap, lakukan pembaikan sendiri.

Tak perlu takut, kerana apa yang hilang adalah blog, bukan ilmu yang anda peroleh. Jatuh boleh bangun. Hilang blog boleh wujudkan balik.

Blogger Risau Bereksperimen

Sesetengah blogger takut dan risau nak bereksperimen. Mereka risau followers blog akan hilang, pageviews akan reset jadi kosong dan sebagainya. Percayalah, benda-benda tu tak menjadikan anda hasilkan blog terbaik, tapi pengalaman anda menerusi dunia blog Malaysia yang akan menjadikan anda salah seorang blogger yang dapat hasilkan blog terbaik.

Blog terbaik tak semestinya leh dapat 4 juta pageviews, atau 7 juta, atau 10 juta. Blog terbaik adalah blog apabila orang mahu dapatkan sesuatu, maka ia akan tampil dahulu.

Blog terbaik ambil masa dihasilkan, untuk itu anda perlu sabar, istiqamah dalam perlaksanaan. Kejayaan bukan datang sehari dua. Kereta pertama nasional bukan terus dihasilkan 100 peratus asli..makan tahun juga kan. ye tak?

15 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. pernah terjadi kat aku dulu.


    blog peribadi -> blog isu semasa -> blog peribadi -> blog info & peribadi.


    tak percaya, gi kat www.khairilmazri.com dan klik "Mengenai Blog Ini"

    BalasPadam
  2. betul tu.. tak ada perkara yang mudah. Hatta nak berjalan pun kita perlu belajar secara berperingkat baru boleh berjalan seperti biasa.. semuanya mesti dilakukan dengan bersungguh-sungguh, istiqamah dan yakin dengan kemampuan yang ada pada diri sendiri. nak berjaya?? kena la berani hadapi semua cabaran dan dugaan yang tiba. Pengalaman adalah guru terbaik buat kita. Betul tak?? ^__^

    BalasPadam
  3. Setuju.. Jangan takut kegagalan...

    BalasPadam
  4. Sangat menarik isu yg dikupas ini, begitulah kehidupan seorang blogger hebat. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Semua tu kena atasi secara konsisten. Belajat step by step, langkah demi langkah spt lagu IKLIM (Saleem). Kesalahan dalam tindak tanduk bukan segalanya musnah, ilmu itu penting, kehilangan boleh ditukar ganti. Belajar daripada seseorang yang lebih berpengalaman, itu adalah langkah yg paling terbaik. Sekali gagal, bukan selama-lamanya gagal. pasti akn berjaya suatu hari nanti jika tidak mudah berputus asa.

    BalasPadam
  5. Nurul Aini Zakaria8 Mac 2013 pada 5:12 PTG

    Sayaa setuju. :)

    BalasPadam
  6. owh... kena try n error. betul3... sy sll try n error gak. harini sy try n error apa ntah, tak ingat smpi hilang border sekeliling post entri sy. huhu... dh jd buruk dh blog sy... kikiki... tak cuba tak tahu ye tak? tu sebab mr. HH terror bab blogging sampai boleh buat panduan utk blogger baru mcm sy ni. Sy dh buang banyak widget. terima kasih atas komen membina walau tak masuk dlm segmen sya. komen sifu amat saya hargai. hehe

    BalasPadam
  7. Betul...hari -hari belajar yang baru.

    BalasPadam
  8. bto. stuju. pengalaman "cikgu" yg paling sempoi.

    BalasPadam
  9. Tanpa pengalaman, kita takkan berada pada tahap ini, betul tak?

    BalasPadam
  10. Saya bukan tak nak masuk, cuma nanti mereka tak baca apa yang saya nak tulis dalam segmen tu, so saya terus tulis dalam komen. :)

    BalasPadam
  11. Hmm kadangkala sampai tak terkejar kan @228d71de5cf4b5cd18b07a53141f203e:disqus ?

    BalasPadam
  12. sy btol2 teruja baca entri ini..
    sedikit sebyk mengimbau mcm mane mula2 nk wat blog dlu
    ...hahaha lucu pon ada.
    ..nice bro! pengalaman mematangkan.!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement