As-Salam. Mana lebih menguntungkan? Antara buat blog yang bersifat tempatan dengan blog yang bersifat global? Ok. Nampak macam ada blogger yang garu kepala, kurang faham apa yang cuba HH nak sampaikan.

Antara Buat Blog Bersifat Tempatan Dengan Global

Blog macamana bersifat tempatan ni? Mudah je, kalau cerita pasal kisah peribadi, pasal isu dan berita tempatan, maka ia adalah sebuah blog tempatan. Cara menulis, corak persembahan, nama blog semuanya bersifat tempatan.

Blog yang bersifat global pula adalah blog yang tentu sekali menggunakan bahasa perantara global, yang banyak digunakan. Namun, ada juga blog yang ditulis dalam bahasa tempatan yang boleh menjadi sebuah blog bersifat global, itu ... HH terangkan kemudian. Blog bersifat global akan muatkan pelbagai cerita dari pelbagai sumber, blog pula mengandungi entri-entri yang boleh dibaca oleh semua, dan mempunyai topik umum yang luas, namun ada ciri-ciri khusus untuk SEO dan pembacaan tertumpu.

Blog Tempatan Tetapi Bersifat Global

Dan ada juga blog yang memiliki kedua-dua sifat ini, global dan tempatan. Blog sebegini meletakkan entri-entri dalam satu blog, tetapi dipisahkan berdasarkan kategori. Blog sebegini mungkin berada di bawah satu nama, tetapi ada laman khusus untuk entri-entri tertentu. Contoh terbaik blog seperti ini adalah blog Paultan.org, yang merungkaikan kisah dunia permotoran secara global dan secara tempatan.

Namun, blog tempatan juga boleh menjadi bersifat global walaupun guna bahasa yang bukan bahasa pengantara dunia. Dengan syarat, meletakkan translator atau jurubahasa dalam blog - contohnya Google Translator. Ini menjadikan sebuah blog peribadi yang ditulis dalam bahasa Malaysia, contohnya boleh dibaca atau dialih-bahasa dalam bahasa Korea, Jepun, Inggeris mahupun Telegu sekalipun. Cerita boleh menjadi satu yang bersifat global andai pengolahannya dibuat dengan baik terutama bagi sebuah blog yang bercerita kisah dan pengalaman bercuti di dalam negara.

Bagi pengguna blogspot, secara dasarnya blog anda bersifat global kerana ianya dihosting di Amerika Syarikat, dan bukannya di Malaysia. Apa yang berlaku ialah cara penyampaian sahaja bersifat tempatan. Oleh kerana sebab ini, banyak blog blogspot sukar bersaing kerana hosting ini berada di luar Malaysia, ia sedikit sebanyak pengaruhi SEO terutama kadar blog untuk loading.

Jadi, sebuah blog yang benar-benar bersifat tempatan ialah blog yang ditulis dengan bahasa tempatan, punyai nama blog yang mudah difahami dengan bahasa tempatan, dihosting pula oleh pelayan (server) tempatan. Dengan ini, blog sebegini sangat mudah mendapat ranking yang tinggi di negaranya dan menjadi nombor satu, antara blog yang guna pendekatan ini termasuklah Denaihati.com, Abangensem.com dan ramai lagi.

Kebaikan Blog Bersifat Global

  • Blog bersifat global akan menerima trafik lebih banyak daripada blog bersifat tempatan.
  • Nilainya lebih tinggi berbanding blog bersifat tempatan.
  • Lebih mudah untuk menjenamakan blog.
  • Lebih income, lebih pendapatan sebab iklan bersifat global boleh diletakkan, menerusi Adsense dan syarikat pengiklanan antarabangsa lain.

Kebaikan Blog Bersifat Tempatan

  • Jenama blog lebih mudah dikenali.
  • Punyai pengaruh lebih kuat berbanding di peringkat antarabangsa.
  • Boleh menjadi ikon kepada blogger-blogger lain.
  • Syarikat tempatan lebih suka mengiklan dalam blog sebegini.
  • Ranking tempatan mudah dapat tinggi.

Ok, ini adalah sedikit perkongsian mengenai tajuk antara buat blog bersifat tempatan dengan blog bersifat global. HH akan kongsikan lagi pengalaman dan pengetahuan HH mengenai tajuk ini.. in Sha Allah.


4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. adakah ini bermaksud fan blog saya bersifat global dan personal blog saya bersifat tempatan?

    ReplyDelete
  2. so kedua2 nya ada kelebihan msg2..Jika btol dgn caranya
    p/s:global + local = glokal..

    ReplyDelete
  3. semak kat nuffnang & stats, paling ramai pembaca dari Malaysia, yg lain luar negara spt Amerika, Itali, dan lain-lain...


    dah kita dok dunia tanpa sempadan, seluruh dunia dapat membacanya.

    ReplyDelete
  4. setuju...diorang hebat...blog yg bersifat tempatan juga mampu maju..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Previous Post Next Post

Advertisement

Advertisement


Rahsia Bisnes Homestay

CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement



Panduan Ternak Kambing