As-Salam. Perkara paling tak best berlaku untuk seorang blogger ialah masa agak lama nak papar blog sendiri untuk buat sebarang editing atau tulis entri terbaru. Kalau boleh, dengan kelajuan internet terhad samada daripada Streamyx, Celcom Broadband, Maxis Broadband atau apa-apa lagilah, cara paling terbaik adalah dengan memilih pelayar internet yang sesuai.

Tips Tingkatkan Kelajuan Internet Untuk Blogger

Pelayar internet yang terbukti boleh menyelesaikan masalah blogger seperti di atas ialah dengan menggunakan Google Crome. Seandainya anda seorang blogger blogspot, sepatutnya Google Crome menjadi pilihan utama anda untuk melayari internet, termasuklah blog anda. Google Crome diakui pelayar internet terpantas masa kini, butirannya boleh anda lihat di sini: Google Crome Champion of Web Browser


Guna Google Crome

Dengan menggunakan pelayar internet Google Crome, anda akan dapati kelajuan melayari internet seolah lebih cepat daripada biasa, berbanding dengan pelayar internet yang lain. Sekaligus, dengan sekali pandang, ia seolah telah meningkatkan kelajuan internet anda hampir serta-merta.


Ubah DNS Sistem TCP/IP

Selain itu, anda boleh cuba ubah setting dns pada komputer atau sistem rangkaian komputer anda, bergantung kepada network card atau modem yang anda gunakan. Cara ini memang diakui berkesan. HH sendiri menggunakannya dengan menggunakan DNS berikut: 8.8.4.4 dan 8.8.8.8. Untuk ubah setting DNS, anda boleh baca - How to configure TCP/IP to use DNS in Windows XP

Guna Perisian DNS Jumper

Atau mungkin cara lain ialah menggunakan DNS Jumper - sebuah perisian yang dibangunkan untuk membolehkan pengguna internet mendapat alamat DNS terdekat bagi membolehkan capaian lebih laju.

Semua kaedah dan cara di atas adalah umum dan boleh digunakan untuk semua pakej broadband atau internet anda, samada Streamyx, Celcom, Maxis, TuneTalk dan sebagainya.

Cubalah dan kemudian semak kelajuan internet anda dengan Streamyx Speed Test.

8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Assalamualaikum HH., tips yang menarik., saya selalu guna tips yang pertama & kedua., memang cukup berkesan., cuma kadang2 tu meragam la sikit disebabkan faktor2 tertentu..

    BalasPadam
  2. ade tukar dns haritu..okeyla tapi kadang2 ko jugak..hehe

    BalasPadam
  3. nice tips :D terima kasih

    BalasPadam
  4. terimakasih lepas ni bole lah check speed...tak der lah sakit hati

    BalasPadam
  5. terima kaseh info yang menarik ....

    boleh cuba care sy jugak

    http://suamiohsuami.blogspot.com/2013/02/cara-nak-lajukan-broadband-celcom-maxis.html

    BalasPadam
  6. betul bro... kat office remy guna portable google crome..... kalau pakai yg biasa... slow sikit.....

    BalasPadam
  7. betul bro... kat office remy guna portable google crome..... kalau pakai yg biasa... slow sikit.....

    BalasPadam
  8. fairus mohamad noor23 Mac 2013 pada 1:36 PTG

    TQ SHARE..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement