As-Salam. Di mana-mana dalam dunia ini akan ada yang suka membenci. Ntah mengapa, golongan ini pasti akan wujud di kalangan orang-orang yang sedang mula merangkak ke arah kejayaan. Pembenci blogger, bukan perkara baru. Jika anda dah makin lama berada di dalam dunia blog, pasti satu hari anda akan jumpa.

Jika untung, anda akan tahu siapa dia. Jika tidak, mereka akan terus berada dalam blogger tanpa wajah, bebas berkata dan mengata. Bisa ayat yang mereka keluarkan walaupun dah ditapis dengan segala bagai benda, akan ada juga terlepas hingga menusuk jiwa.

Ada blogger tak tahan dengan karenah pembenci ini lalu tutup blog selamanya. Kecewanya mendalam. Mana yang tegar, akan terus terusan menjadikan blog sebagai luahan kisah, rasa, cerita, kongsi, dakwah dan sebagainya. Ya, memang hati kena keras sebab dunia blogger bukan indah semua.

Hari ini boleh bergelak gembira. Esok lusa, manakan tahu, si dia pengunjung setia bercerita sinis di tempat lain tentang anda. Tak boleh tidak, terpaksa terima walau anda tidak tahu menahu.

Pembenci akan terus hidup selagi mereka diberikan ruang. Pilihan ada di tangan anda. Jangan terus percaya dengan apa yang diceritakan di ruang maya ini, banyak tipu daya serta helahnya. Silap kalu .... panas mandi tengah malam pun belum tentu rasa sejuk.

Buat anda yang masih baru berblog, ingatilah pesanan mereka yang dah terkena bahana. Bukan cerita satu dua ... tapi dah banyak. Ada tak dapat akses blog, ada rupa blog kena tukar dan macam-macam lagi. Paling penting, ilmu perlu ada .... bukan masih sergah dan jerkah terus humban diri dalam dunia blog ini.

Yang lama, jangan pula duduk diam diri. Anda ada ilmu dan pengalaman, kongsi dan berikan. Manfaat mungkin tak nampak sekarang, tapi ada pencatat amalan kiri dan kanan yang merekodkan kebajikan dan keburukan. 

9 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. betul tuh.. ilmu kena cukup di dada... kena berani hadapi apa jua kemungkinan.. huhu..

    ReplyDelete
  2. betul tu HH..kawan saya dah kena tau. sedangkan kalo tgk balik entri2 beliau, semuanya biasa2 je tp ada jugalah hamba Allah yg xpuas hati dgn dia..

    ReplyDelete
  3. hmmm... mia pernah kena kutuk teruk dulu... heheheh hampir menangis dibuat. pastu kuatkan semangat dan jadikan itu batu loncatan untuk terus memantapkan blog... ambik yang positif...

    ReplyDelete
  4. Dah penah kena. Sedih gler.. =(

    ReplyDelete
  5. salam HH..iman newbie ni. Iman pon penah kena tapi ermmm macam xsemngt dah lepas 2 nk berblog tapi bila pikir2 balik xpela bukan rezeki kite nak ada pembaca setia

    ReplyDelete
  6. hak masaing2 sebenarnya....tak kisah lah apa yg ditulis pun......

    ReplyDelete
  7. so far remy tak pernah alamai...dan harap2 tak akan alami.....

    ReplyDelete
  8. tidak tahulah kalau depan ada yang cakap bende baik tapi mungkin juga ada yang cakap belakang pasal kita semua para blogger

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Bisnes Tudung Online
Sebelumnya Seterusnya
Borong dari Jepun