As-Salam. Berbanyak terima kasih dan setinggi penghargaan kepada pembaca, pengunjung serta rakan blogger yang sudi dan memilih blog ini sebagai salah satu calon untuk diberikan pengiktirafan dalam World Bloggers and Social Media Awards 2013 yang bakal berlangsung pada 3 Mac 2013 di Berjaya Time Square, KL.

Blog ini tercalon - selepas pemilihan oleh juri yang dilantik apabila dihantarkan info sebagai salah sebuah blog yang mahu bertanding dalam kategori Favourite Educational Blog. Pemilihan yang agak ketat pada awalnya memungkinkan blog ini tidak boleh dipertandingkan dalam kategori yang disediakan, namun selepas beberapa usaha dibuat untuk perbanyakkan dan menonjolkan entri-entri mengenai pendidikan untuk blogger, alhamdulillah blog ini diterima untuk dipertandingkan.

Mengapa sebelum ini HH minta dan mohon jasa baik anda untuk membuat atau menjawab satu tinjauan ringkas atau pungutan suara - Pungutan Suara Blog HASRULHASSAN.COM? Ini adalah kerana bagi memenuhi syarat yang ditetapkan untuk diadili oleh pihak juri selepas selesai sahaja undian online lengkap pada 10 Februari 2013.

Kriteria Pemilihan Pemenang World Bloggers and Social Awards 2013


Kriteria pemilihan pemenang untuk setiap kategori dalam World Bloggers and Social Media Awards 2013 bukan sahaja ditetapkan menerusi undian dalam talian, tetapi juga berdasarkan penilaian oleh pihak juri yang dilantik.

Sama seperti pemenang World Bloggers and Social Media Awards 2012 yang telah dipilih berdasarkan kriteria ini:

Judging criteria is based on 80 per cent public voting and 20 per cent on Judges Decision — where 10 per cent was allocated for site or blog content, five per cent for design and layout and another five per cent for ethics and effectiveness.

Masih ada sehari lagi iaitu sehingga 10 Februari 2013 untuk anda undi blog-blog pilihan anda. Jika anda berasakan blog ini sesuai ditempatkan dalam kategori Blog Pilihan Kategori Pendidikan, maka undilah blog ini. Anda hanya boleh undi satu blog bagi setiap kategori yang ada.

Pilih jika difikirkan sesuai dan layak.... bukan pilih kerana anda berasa terhutang budi. :)

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. all the best bro...semoga berjaya nanti.....

    BalasPadam
  2. good luck senior !

    BalasPadam
  3. Bg Abe, Blog Abg HasrulHassan memang layak menang. Bukan sb Abe terhutang budi, tapi Abe tahu, Blog ni mmg menyalurkan Info BERMANFAAT. All the best to u Abg HH...

    BalasPadam
  4. Saya berharap agar blog HH akan terpilih sebagai Fav Educational Blog. Blog HH banyak bagi tunjuk ajar dan pengetahuan buat saya sebagai seorang blogger

    BalasPadam
  5. gud luck HH, mesti menang punya, hehe...

    BalasPadam
  6. Semoga berjaya! saya pun banyak dapat info daripada blog HH

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement