Kamera DSLR Pilihan Blogger

As-Salam. Benarkah seorang blogger yang baik perlu mempunyai sebiji (sebuah?) kamera DSLR yang baik? Atau ianya adalah untuk keperluan blogger tertentu sahaja? Apa yang pasti, dengan penggunaan kamera yang baik terutama kamera DSLR, ia dapat membantu menaikkan nama blog dan memudahkan blog dipromosikan.

Secara praktikalnya, gambar yang cantik dapat dihasilkan jika menggunakan kamera DSLR yang baik. Dengan sedikit kreativiti, sebuah kamera boleh dijadikan alat yang sangat berkesan untuk mendapatkan gambar serta foto terbaik buat dipaparkan menerusi blog.

Gambar memang punyai daya tarikan tertentu. Dan blog yang punyai gambar memang ramai yang suka. Apatah lagi andai gambar-gambarnya sangat menarik untuk dilihat; yang tentunya dihasilkan dari sebuah kamera yang baik - yang selalunya dari jenis DSLR.

Kamera DSLR Pilihan Blogger

Namun, apakah ciri-ciri sebuah kamera DSLR yang baik untuk seorang blogger? Apakah kamera DSLR pilihan blogger Malaysia?

HH mengggunakan kamera DSLR A200 Sony. Murah. Tak semahal kamera jenama lain seperti Canon dan Nikon. Ya, ramai blogger hebat menggunakan dua jenis kamera DSLR ini - Canon dan Nikon. Dua jenis kamera DSLR ini mempunyai keupayaan dan terbukti dapat menghasilkan sebuah gambar atau foto yang mempesonakan.

Kamera Canon EOS 1100D (< RM1700)


Canon EOS 1100D (Brown) Digital SLR Camera + EF-S 18-55mm f/3.5-5.6 IS II Lens (Canon Malaysia)


Kamera Nikon D3100 (<RM1700)


Nikon D3100 Digital SLR Camera with 18-55mm NIKKOR VR Lens (Red) (Free Nikon DSLR Bag + 8GB Memory Card)


Namun, yang berbajet kecil, boleh sahaja menggunakan kamera DSLR yang second-hand. Mudah je nak dapat kamera 2nd-hand sekarang ni. Hanya perlu pergi ke forum-forum berkaitan, dan dapatkan tawaran termurah daripada ahli-ahli forum. Serius..memang murah dan berbaloi. Bukan setakat kamera, aksesori juga boleh didapatkan dengan harga terbaik.

Untuk blogger yang ingin mendapatkan kamera DSLR dengan harga murah, boleh lawati forum-forum atau laman sesawang ini:


Dan, salah satu tempat kegemaran untuk mendapatkan produk terbaik DSLR dengan harga menarik adalah menerusi ShaShinKi - sabuah laman sesawang dari cabang BlogMalaysia.

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Sebenarnya, blogger boleh je guna apa jua jenis kamera, tak semestinya DSLR. Cuma, kalau guna kamera telefon bimbit sebagai contoh, anda perlu kena lebih kreatif untuk mengolah gambar tersebut menjadi yang seolah diambil menerusi DSLR.

Apa kata anda? Adakah anda blogger yang ada kamera? Kamera jenis apakah yang anda gunakan?
 

Bisnes Kambing

Post a Comment

13 Comments

  1. guna kamera hp jerk ... hehehh

    ReplyDelete
  2. bila la bole memiliki kamera DSLR nie =_=

    ReplyDelete
  3. nak juga brg seketul.. buat bantal peluk

    ReplyDelete
  4. Zam dulu, minat dalam fotografi bercambah dari dunia blog.. masa tu suka share kan gambar yg diambil dgn kamera digital.. skrg, guna canon 60d

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum hh...mama pun memang ada kamera tapi tak adalah menggunakan kamera DSLR canon atau Nikon hanya menggunakan kamera Sony NEX-3 jer...kekadang tu hanya menggunakan kamera handphone jer...:)

    ReplyDelete
  6. orochimaruNM orochimaruNM5 February 2013 at 15:30

    assalammu'alaikum tuan blog..saya seorang blogger yang punya dslr..dslr sy berjenama canon 60d..hampir 3 tahun memilikinya..dan sy juga buat parttime job dgn dslr sy.. :) dan sy punya photoblog juga..jika ader kesenangan sila la lawat http://narissalenscape.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Wah bilalah nak dapat DSLR ni.. sekarang dalam perjalanan menuju untuk mendapatkan DSLR. Tapi apa yang pasti bukan 2 DSLR dalam artikel ni...hehehe..By the way bro HH. Kat area saya 2 model diatas sekitar 1.6k jer with std lens.

    ReplyDelete
  8. bestnya la kalo saya ada DSLR sebiji...best nak amik gambar..tp kalo xdpt, samsung galaxy camera pun jadi la..

    ReplyDelete
  9. Saya miliki kamera DSLR Canon 600D. Jatuh hati setelah membaca spefikasi kamera ini dan menjadi idaman. Alhamdulillah impian menjadi kenyataan. 2 tahun kami bersama banyak lagi untuk di eksplorasi bersama belum lagi sampai tahap maksimum.

    ReplyDelete
  10. remy pakai yg kechil aje...tak mampu nak bwk yg besar2 tu....

    ReplyDelete
  11. HP sekarang memiliki kamera nikon D7K setelah lama mengidam.

    ReplyDelete
  12. buat masa ini saya lebih suka menggunakan kamera handphone (Samsung Galaxy Note) kerana mudah untuk upload ke blog. saya memang memiliki DSLR tetapi sudah jarang menggunakannya - hanya untuk aktiviti tertentu saja.

    ReplyDelete
  13. shashinki tu barang dia berkualiti ke?? btw lawatilah blog saya www.amirsufian.blogspot.com

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com