As-Salam. Siapa kata blogger lama tu semuanya clean and clear? HH berani cakap, ramai blogger yang dah lama berada di dalam dunia blog Malaysia ini pernah buat silap dan salah dalam dunia blog. Manusia. Mereka bukan terkecuali dari kekurangan insan. 

HH sendiri dah biasa buat silap. Biasa. Memang biasa. Bukan sekali dua kali ... banyak kali dah. Kesilapan dalam dunia blog, masih boleh dan senang nak betulkan. Kalau silap buat entri, padam entri tersebut dan buat entri maaf. HH banyak belajar dari mereka yang terlebih dahulu buat blog, belajar kesilapan blogger otai sejak 2008 lagi!

Rasa Rendah Diri Sebab Selalu Silap

Ada blogger yang rasa rendah diri sebab mereka selalu buat silap. Eh... tak perlu. Anda sebenarnya sedang belajar sesuatu. Menerusi pengalaman itu, anda dah tahu dan in Sya Allah, kemudian hari anda tak akan ulangi lagi. Dan anda punyai kelebihan untuk ceritakan pada blogger lain akan kesilapan anda.

Selain silap tulis entri. Antara kesalahan dan kesilapan blogger biasa buat ialah, minta orang klik iklan. Tu salah, sebab ia langgar terma dan syarat syarikat pengiklanan. Tak boleh paksa orang klik iklan menerusi apa jua bentuk terutama sekali kalau buat segmen atau kontest. Anda cuba memanipulasi pengunjung untuk beri keuntungan (dalam bentuk wang ringgit) kepada anda. Ada satu paksaan terlibat, jadi ia dikira salah dari segi etika. Cuba baca Responsible Blogging.

belajar dari kesilapan blogger otai

Blogger Old Timer (Otai) Kongsi Pengalaman

Blogger baru untung sebab ada ramai blogger yang dah lama, old timer (otai) yang sudi kongsi pengalaman mereka di dalam blog, bercerita akan kesilapan dan kesalahan yang pernah mereka buat. Setidaknya memberikan peringatan untuk blogger baru. Bukan apa, tak mahu dikecewakan akibat salah dan silap sendiri. Blogger otai dah lalui, dan mereka tak mahu blogger baru merasa kecewa seperti mana mereka lalui. Terima kasih pada mereka.

Belajar kesilapan blogger otai adalah salah satu cara kita menjadi blogger terbaik. Bukan sahaja mengelakkan kita melakukan kesilapan lampau dan berulangan, tetapi juga membolehkan kita membaiki blog agar lebih maju dan dapat bertahan dalam dunia blog Malaysia ini.

Blogger Baru Lebih Bijak Lebih Berpengetahuan

HH tahu, ramai blogger baru yang bijak pandai. Mereka hebat, cekap dan berilmu tinggi. Blogger otai tidak seperti mereka yang teknikal. Blogger otai selalunya lebih ikhlas menulis kerana di zaman mereka mula berblog, tiada perkara ini - platform pengiklanan (Nuffnang, Advertlets, Innity), tiada widget pengikut (Follower), tiada pun Facebook Like, Fanpage dan sebagainya. Apa yang ada di dalam blog mereka adalah entri teks semata-mata. Kalau ada iklan pun, hanyalah dari Google Adsense atau affiliate.

Blogger otai belajar dari pengalaman. HH sendiri tak tahu sangat pasal html, pasal koding ni walaupun belajar dalam bidang Kejuruteraan Komputer. Benda-benda tu tak belajar ikut buku teks. Flash, photoshop jauh sekali. Dan serius, blogger hebat seperti Kak Kujie, hanya ada SPM ....dan lihat bagaimana cara beliau berjaya dalam dunia blog Malaysia.
 

15 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. memang sering sangat buat kesilapan., itu lumrah manusia. Moga kita belajar dari kesilapan yang pernah kita lakukan tu

    ReplyDelete
  2. betul tu HH..... mia pun dulu ada silap juga. sentiasa perbaiki dari semasa ke semasa...

    ReplyDelete
  3. noob plak nak komen kat sini ><"

    ReplyDelete
  4. dare to fail. berani untuk gagal. kalau kita tak mencuba, sampai bila pun kita tak dapat pengalaman berharga,

    ReplyDelete
  5. pengalaman itu mematangkn & mrupakan guru dan buku teks terbaik.

    ReplyDelete
  6. Salam...
    Memang betul...kesilapan merupakan pengalaman berharga untuk di jadikan pengajaran.
    Saya juga pernah melakukan kesilapan iaitu membuat satu komen pada satu contest anjuran seorang blogger otai.
    Maklumlah, baru seminggu dua buat blog...xfaham lagi akan etika berbelog ni. Saya telah mengambil kesempatan dgn meminta peserta menjadi follower utk mendapat undi dari saya. (Kemaruk nak follower...haha) Akibatnya saya telah di block untuk access komen di blog beliau!

    Manalah saya tahu ianya satu kesalahan. Tanpa sebarang soal siasat atau penerangan beliau mengambil tindakan. Memang ianya satu pengajaran (akan saya ingat sampai bila2) namun tidakkah tindakan beliau itu keterlaluan tanpa soal selidik. Jika di beri penerangan... pasti saya akan lebih respect akan beliau. Kebaikannya...saya mula belajar untuk menjadi seorang blogger yg beretika....

    Namun saya tidaklah ambil hati...kerana saya juga akui blogger otai termasuklah blogger tersebut jugalah yg banyak memberi panduan dan pengajaran buat kami bloggger baru. Terima Kasih buat anda semua Blogger Otai...

    ReplyDelete
  7. Setuju....blogger baru bijak

    ReplyDelete
  8. AS SALAM. Bro, blogger otai x pakai iklan advertlets. Tak percaya? Awak try search kat google "mazeermohamad">search button>taip advertlets. Sekadar kongsi pengalaman. Thanx. Nice info.

    ReplyDelete
  9. Hehehe.... memang ada yang bercerita pasal advertlets ni. Saya ada akaun-akaun pengiklanan dari beberapa platform, Nuffnang, Advertlets, Innity (tak approve), Komli, ManggaAds, Adsense, Adstract, dan beberapa lagi. Kebanyakkan blogger otai lebih suka buat affiliate dan guna Adsense. :)

    ReplyDelete
  10. Ramaiii ... tapi kebanyakkan lebih suka buat blog yang benar2 leh dapat duit ... :)

    ReplyDelete
  11. info yang sangat bagus untuk newbie mcm saya..sangat berguna...thanks ye

    ReplyDelete
  12. kesilapan itu pengalaman......

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum hh...betul tu belajar dr kesilapan akan lebih mematangkn kita...mekacih bagi tunjuk ajar.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Ketahui Cara Menjadi Jutawan PRODUK JENAMA SENDIRI. Diskaun 40% - Terhad!KLIK SINI

Muat Turun 176 Template Copywriting Story-Telling DI SINI. Hanya Copy-Paste Shj.

Advertisement