Seni On-Page SEO

As-Salam. Jangan main-main, dalam mendapatkan trafik organik ke blog, antara perkara paling penting adalah seni on-page SEO. Kenapa HH katakan ia sebagai seni? Sebab kaedah SEO on-page memerlukan anda berhati-hati dengan bermain kata kunci untuk sesebuah entri atau tajuk. Ia lebih terumpuk dan tertumpu, bukan lagi bersifat am seperti off-page SEO.

Seni On-Page SEO

Ia satu pengolahan entri anda untuk patuh dengan kehendak SEO (Search Engine Optimization), bukannya anda memampatkan segenap ceruk blog dengan hanya kata kunci tersebut. Apa yang HH faham, apabila terlalu banyak kata kunci diumpukkan dalam satu entri, ia akan menjadikan entri tersebut lebih kepada keyword-stuff. Pandang kiri-kanan hanya ada kata kunci yang digelapkan atau digariskan semata-mata nak raih perhatian robot carian.

Andai kita pun, dok asyik dipujuk rayu pun menyampah juga .... ye tak? Jadi gitulah dengan robot enjin carian yang bertanggungjawab dengan pencarian kata kunci untuk sesebuah entri bagi tujuan SERP.

Ia perlu dilakukan secara halus. HH sering terperangkap dengan permainan seni SEO ini, apabila terlalu banyak kata kunci diberikan bagi satu entri hingga menyebabkan entri dan blog disenaraikan pada laman 7-10 enjin carian. Itu tak bagus ... walaupun kandungan anda bagus, tetapi apabila tidak ada seni SEO ini, apa yang ingin disampaikan ... tak tersampaian... errr kesampaian.

Tips SEO untuk blogspot


Apa yang boleh HH kongsikan sedikit mengenai seni SEO on-page ini ialah, penyulaman penggunaan kata kunci di dalam entri. Ia tidak semestinya berulang atau diulang banyak kali. Mungkin ia boleh dipautkan kepada satu entri yang lain yang mempunyai SATU kata kunci yang serupa, tetapi berlainan dari segi isi kandungan utama. Contohnya, panduan menulis blog dijadikan kata kunci dalam satu entri, dengan kata kunci lain seperti tips seo, tips menulis blog berkesan dan seumpamanya. Banyak entri dibawah panduan menulis blog tapi ada banyak tajuk-tajuk kecil yang dipecahkan berdasarkan entri. 

Yang akan dicari adalah bukan kata kunci utamanya, tetapi lebih kepada kata kunci lain seperti tips menulis blog berkesan, contohnya.

Sukar sebenarnya nak bercerita pasal seni on-page SEO ini. Lagipun ia bergantung pada algorithma yang sering kali ada pengubahsuaian. Tambahan lagi, aspek lain seperti G+, FB Like serta jumlah pautan luar juga diambil kira, begitu juga dengan apa yang dipaparkan di sidebar blog.

Seni on-page SEO ini lebih kepada penekanan penggunaan kata kunci untuk SEO secara tidak langsung, yang mungkin akan merumitkan.

Sehingga kini, HH masih lagi terkapai-kapai untuk mendapatkan teknik sebenar on-page SEO untuk blogspot. Anda bagaimana?


Bisnes Kambing

Post a Comment

8 Comments

  1. klau HH yg dah lama dgn blog pun bleh kata susah..
    sy yg zero pasal benda ni apatah lg..
    tQ bro info yg berguna,

    ReplyDelete
  2. Nurul pun sama.. masih mencari2.. :(

    ReplyDelete
  3. masih blur lg HH...HH lagi hebat rasanya...

    ReplyDelete
  4. kalau bro pun terkapai2, apalagi den..hahahaha...

    ReplyDelete
  5. Nurul Aini Zakaria6 January 2013 at 09:26

    Saya tenggelam terus..hehe..

    ReplyDelete
  6. Lagilah hanyut.. lemas..

    ReplyDelete
  7. tgh memahami teknik penuh seni ni. huhu.

    ReplyDelete
  8. makin lama geledah blog tuan ni makin banyak ilmu yang dapat. Alhamdulillah. Semoga usaha ini diberkati Allah.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com