As-Salam. Perghhh ... adakah itu bukti cinta hebat dan boleh dibawa menjadi sebuah epik? Cinta remaja memang manis. Manisnya itu sampai terluah dan diluah sangat teliti dan kemas di dalam blog. Ramai blogger remaja suka meluah rasa cinta kasih mereka dalam blog - dan tanpa segan dan silu.

Bagi HH yang dah berstatus bapa beranak tiga ini, memang agak tak sedap membaca entri sedemikian rupa. Yelah .. sana sini I Love U, I Cinta U, U Penyuluh Jiwa I .. dan macam-macam lagilah. Dari satu entri ke satu entri ... asyik cerita si kekasih sahaja, walhal banyak lagi benda boleh diceritakan kepada dunia.

Berpadalah ya, bukan nak melarang cuma biasakan diri untuk ketahui bahawa blog anda dibaca orang, bukan sorang dua ... malah berpuluh termasuklah juga bekas kekasih, adik beradik, mak abah, jiran tetangga dan mungkin cikgu sekolah anda. Kalau dah sarat isi blog dengan luahan cinta kasih sahaja ... susah nanti di kemudian hari.

Kalau berpanjangan sampai ke anak cucu cicit tak mengapa, didoakan bahagia, in Sya Allah. Tapi, kalau putus tengah jalan? Yang akan ketawakan anda dan cerita anda ialah mereka yang dok baca juga. Kan lagi sakit bila kena begitu.

HH bagi nasihat sebab dah pernah merasa pedih putus cinta. HH beri nasihat sebab pernah kena tempias bila kisah cinta putus tengah jalan. 

Bila kisah cinta luah segala dalam blog jadi bacaan umum ..... kalau tak menjadi .... pedihnya tu berganda-ganda. Pernah dengar cerita seorang blogger putus cinta tengah jalan dengan penjaga gol Kebangsaan tak? Nampak kesannya di situ? Wujud hatters yang tetiba muncul ntah dari mana .... maka elakkanlah dari berlaku kepada diri anda dan juga blog anda.

Sekadar memberitahu agar tidak terpijak paku yang sakitnya pedih naik ke dagu!

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement