As-Salam. Sedikit info untuk dikongsikan kepada yang memerlukan, permohonan kemasukan ke persekolahan keperluan khas untuk kemasukan ke tingkatan satu dan empat di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 2013.

Kepada anak-anak yang mempunyai masalah seperti masalah pendengaran, masalah penglihatan atau masalah pembelajaran, boleh memohon untuk memasuki sekolah keperluan khas yang diselenggara dan disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Terdapat 3 jenis sekolah keperluan khas yang boleh dipilih untuk keperluan buat pelajar kemasukan ke tingkatan 1, iaitu:

A - Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan, Pulau Pinang - Program Permasalahan Pendengaran
B - Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur - Program Permasalahan Penglihatan
C - Sekolah Menengah Harian Biasa Aliran Akademik - Program Pendidikan Khas Integrasi



Panduan Kemasukan Ke Sekolah Pendidikan Khas 2013


Terdapat 8 jenis sekolah keperluan khas yang boleh dipilih untuk kemasukan pelajar tingkatan 4:

A - Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, Selangor
B - Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Kulai, Johor
C - Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan, Pahang
D - Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan, Pulau Pinang
E - Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak. Kuala Lumpur
F - Sekolah Menengah Teknik (Program Pendidikan Khas Integrasi)
G - Sekolah Menengah Harian Biasa Aliran Akademik dengan Elektif MPV (Program Pendidikan Khas Integrasi)
H - Sekolah Menengah Harian Biasa Aliran Akademik (Program Pendidikan Khas Integrasi)

Untuk info lanjut mengenai penempatan, anda boleh rujuk ke laman berikut: Panduan Kemasukan Pendidikan Khas Tingkatan Empat

Untuk mendapatkan borang kemasukan dan permohonan persekolahan keperluan khas 2013 bagi tingkatan satu boleh dimuat-turun di sini: Muat Turun Borang Permohonan Kemasukan Sekolah Keperluan Khas 2013 Tingkatan 1

Untuk mendapatkan borang kemasukan dan permohonan persekolahan keperluan khas 2013 bagi tingkatan empat boleh dimuat-turun di sini: Muat Turun Borang Permohonan Kemasukan Sekolah Keperluan Khas 2013 Tingkatan 4


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement