Isarel bermaksud Tentera Allah. Menarik sekali bila saya membaca satu entri dari rakan blogger, dan paling menarik ialah tentang apa yang dimaksudkan oleh ISRAEL. Perkataan ini dah lama wujud, dan bukan wujud disebabkan oleh sebuah negara. 

Saya nak berkata lebih, ilmu sejarah ni sukar sedikit ... sebab banyak kena kaji tentang fakta, dan tengok sumbernya. Jika silap mewarkan, maka siap sedialah dengan akibatnya. Bukan satu tanggungjawab yang boleh dipandang ringan oleh seorang blogger yang nyata banyak kelemahannya.

Israel adalah sesuatu yang berbeza dengan Bani Israel, kaum Israel mahupun negara Israel. Apa yang kita sedang dan sering sebut Israel ini adalah merujuk kepada sebuah negara yang tidak diiktiraf yang dihuni oleh bangsa Yahudi. Bani Israel pula adalah salah satu cabang dalam keturunan Yahudi.
Maksud nama Israel

Israel Bermaksud Tentera Allah

Apa maksud Israel nih? Israel bermaksud tentera Allah atau hamba Allah, dari perkataan ibrani yang merupakan satu gelaran yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah - Nabi Yaakub A.S. Perkataan "Isra" bermaksud "Hamba atau Tentera" dan "El" membawa maksud "Allah". Dalam beberapa karangan lain, ia juga bermaksud "Kekasih Tuhan" atau dalam konteks Nabi Yaakub A.S, sebagai "Kekasih Allah S.W.T".

Saya mendapat info ini setelah membaca entri berikut: Makna Israel

Jadi nampak tak bagaimana kaum Yahudi telah menggunakan nama Israel sebagai salah satu langkah untuk memperdaya dan mempermainkan umat Islam keseluruhannya. Apa yang umat Islam tentang sekarang ini bukan sepatutnya Israel, mahupun kaum Yahudi tetapi lebih kepada Zionis, satu fahaman dalam kaum Yahudi yang cuba untuk memusnahkan umat Islam secara total.
Bukit Zion, Israel
Zionisme adalah berasal daripada perkataan Bukit Zion, merujuk kepada tapak paling suci di dalam agama Yahudi. Mereka percaya di Bukit Zion itulah tapak sebenarnya Temple of Solomon (Haikal/Kuil Sulaiman). Tapak itu sekarang ialah betul-betul di Dome of The Rock (Qubbah al-Sakhrah) yang merupakan sebahagian daripada Masjid al-Aqsa.

Untuk membezakan lebih lanjut apakah dia Israel, Yahudi, dan juga Zionis, saya galakkan anda untuk membaca entri berikut: Yahudi, Bani Israel atau Zionisme?

Ini merupakan perkongsian saya untuk anda yang mungkin tak berapa nak tahu mengenai sejarah Isarel ini. Satu pencerahan bagi kita terutama umat Islam untuk kenal siapa yang telah menjadikan Islam sebagai musuh mereka, dan berniat untuk menghapuskan umat pilihan Allah S.W.T ini. 

*p.s: Ada yang tanya, mengapa selamatkan Gaza? kenapa tidak lagi selamatkan Palestin .... hmm... maafkan saya andai inpput informasi ini kurang tepat. Namun jelas betapa kita perlu mempelajari sejarah agar kita tahu dan sedar siapa musuh kita sebenarnya ....


8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. baru tahu ... byk benda yg kene kaji seblum sebut or ckp kn ...

    BalasPadam
  2. Mereka tidak berani menyerang daerah Jerusalem....sebab tu mereka fokus GAZA...Jerusalem adalah tempat suci mereka juga...GAZA tempat lahirnya Imam Syafi'e...

    BalasPadam
  3. banyak info tentang israel di sini..tq sifu HH kerana sudi berkongsi..bertambah juga ilmu di dada..alhamdulillah..

    BalasPadam
  4. Jangan lupa simbol "stars of david" itu, bukanlah hak milik mutlak depa

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement