Tips Untuk Pergi Haji Dalam Usia Muda

Tips Untuk Pergi Haji Dalam Usia Muda

As-Salam. Jangan diwujudkan pelbagai alasan untuk membolehkan anda sebagai seorang blogger Muslim menunaikan Rukun Islam ini - mengerjakan ibadah haji di Mekah. Dengan segala kemudahan yang sudah ada kini, hasrat untuk menunaikan haji dalam usia muda bukan satu perkara yang sukar nak dilakukan.

Untuk mudahkan anda sebagai blogger muda mengerjakan haji, apa yang perlu anda lakukan adalah dengan membuka akaun simpanan di Tabung Haji. Tabung Haji ialah badan yang menguruskan haji di Malaysia, jadi jangan sia-siakan peranan yang ingin dimainkan oleh badan ini. Ia bukan diwujudkan untuk hanya simpan dan mendapatkan keuntungan kewangan semata!.

Dengan jumlah baki minima sebanyak *RM1300, anda sudah boleh mendaftarkan diri untuk menunaikan ibadah ini. Pendaftaran awal penting sebagai satu ikatan niat yang menunjukkan anda sedang berusaha ke arah itu - menunaikan ibadah haji dan Rukun Islam kelima. Perlu dan harus tahu, niat ke arah itu akan membantu anda untuk berusaha mencapainya, apatah lagi ia merupakan satu ibadah penting bagi seorang Muslim. InsyaAllah, Allah S.W.T akan meringankan dan membuka jalan ke arahnya.

Ada kata, tak cukup syarat sebab tak ada kemampuan. Untuk info, kemampuan yang dimaksudkan dalam menunaikan ibadah Haji adalah berikut:

Maksud Berkemampuan Dalam Menunaikan Ibadah Haji

a. Ada perbelanjaan bagi diri sendiri, tanggungan yang dibawa dan orang yang tinggal yang wajib ditanggung nafkahnya. 
b. Sihat badan 
c. Aman perjalanan dan ada kenderaan. 
d. Tidak suntuk masa untuk pergi setelah ada kemampuan pada tahun itu.

Buku Akaun Simpanan Tabung Haji




Daftarlah untuk menunaikan haji setelah ada baki akaun minima sebanyak RM1300 di dalam tabungan simpanan anda di Tabung Haji. Anda tidak perlu isi borang pun, hanya bawa buku simpanan Tabung Haji anda, dan beritahu kepada wakil di situ bahawa anda mahu daftar haji, dan segalanya akan dilakukan kurang daripada 20 minit.

Pendaftaran haji tidak memerlukan apa-apa selain baki minima dalam tabungan sebanyak RM1300. Maka, kena pastikan anda mempunyai cukup baki yang HH nyatakan.

Dan anda pasti akan terkejut apabila anda menerima slip pendaftaran haji anda .... :)

Daftarlah. Niatkan dari sekarang.

*benar sehingga entri ini ditulis.

Kredit Foto: http://mylifestorybysuhaila.blogspot.com

*p.s: HH dah daftarkan anak-anak HH yang masih kecil untuk tunaikan Haji juga ...

Bisnes Kambing