As-Salam. Hari ini Jumaat, 14 September 2012 ... lebih 100 hari yang lalu, Yasmin Johan Eusoffe; seorang blogger remaja yang berdarah kacukan telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya di Pulau Langkawi, Kedah. Al-fatihah buat arwah Yasmin Johan Eusoffe.

Kemalangan Blogger Yasmin Johan Eusoffe


Yasmin Johan Eusoffe atau lebih dikenali dalam dunia blog Malaysia sebagai Yasmin Hunwick telah terlibat dalam kemalangan yang terjadi pada 3 Jun 2012 di Pulau Langkawi. Ia berlaku sekitar jam 12 tengah malam  di Padang Gaung, Pulau Langkawi. Kejadian itu juga meragut dua lagi rakannya yang sama-sama menunggang dan membonceng motorsikal yang sama semasa hendak membuat pusingan ‘U’ di Padang Gaung, Langkawi.

Petanda Sebelum Kemalangan Yasmin Hunwick



Mimpi Tanda Kematian - Yasmin Hunwick

Foto Yasmin Johan Eusoffe Ketika Kecil




Berikut adalah sebuah entri yang ditulis oleh pihak keluarga arwah Yasmin:

Hari ini, 11 September 2012 genap sudah 100 hari along tinggalkan mama, papa dan adik-adik. Setiap kali mama teringatkan along, pasti airmata mama mengalir walaupun mama dah tanamkan dalam diri jangan tangisi dan sentiasa banyak berdoa buat along, Mama masih tidak mampu menahan kesedihan yang melanda. Mama, papa, Aunty Dina, adik-adik dan juga kawan-kawan yg mengenali dan tidak mengenali along tidak putus-putus menitipkan doa dan sedekah kan ayat-ayat suci Al-quran buat along disana. 

Banyak kawan-kawan along yg menghubungi mama menyatakan mimpi berjumpa along dan didalam mimpi itu along tersenyum seolah-olah along masih berada dialam nyata. Kawan-kawan yg tidak mengenali along semasa hayat along juga ada yang bermimpi seolah-olah sudah lama mengenali along; Mama beranggapan sesiapa yg bermimpikan along, seolah-olah ianya menjadi orang pengantara untuk berkomunikasi dgn mama.  

Mama terlalu sebak apabila diberitahu baru-baru ini, Aunty Zira yang mengajar along melafazkan ayat dua kalimah syahadat berMIMPI along berpakaian sama masa along meninggal pada malam kejadian, along tidak berkata apa-apa cuma tersenyum memandangnya. Mama beranggapan yang along berterima kasih kepadanya kerana rezeki along menerima kalimah yang berharga beberapa saat sebelum along pergi.

.... anda boleh membaca beberapa lagi entri yang ditulis dan disediakan oleh pihak keluarga Yasmin untuk pembaca-pembaca blognya. Malah, anda boleh membaca beberapa draft entri Yasmin yang tidak sempat diterbitkan oleh arwah - her illusionist

Blog Yasmin Johan Eusoffe




Sesungguhnya hidup itu benar, maut juga benar. Begitu juga syurga dan neraka. Pembalasan dan perhitungan di akhirat juga benar. Mari sama-sama kita muhasabah diri dan cuba menjadi diri dan blogger yang terbaik buat semua.

Al fatihah buat arwah Yasmin Johan Eusoffe aka Yasmin Hunwick




2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. al-fatihah untuk arwah..dan takziah untuk keluarganya..sedih membacanya..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement