As-Salam. Adakah anda, seorang blogger baru secara tiba-tiba tertanya-tanya dalam diri .... "Eh ... macamana blog tu leh popular sakan ye?". Hmm sebenarnya ada banyak faktor yang buat sesebuah blog tu terkenal. Tapi, yang paling paling paling paling terkesan dan jitu, dan bagi HH yang sebenar-benarnya ialah .... kerana pengikut blog yang setia.

Pengikut blog inilah yang buat sesebuah blog tu terkenal. Tetapi bukan sebarang pengikut, tetapi pengikut setia. Alaaa .... kalau dalam politik, orang cakap penyokong kipas tak berhenti, dan kalau dalam dunia hiburan, peminat fanatik gitu. 



Pengikut setia ini bukan setakat membaca blog tersebut hari-hari - memberikan trafik yang konsisten setiap masa kepada blog terkenal tersebut; tetapi juga memberikan backlink berkualiti kepada blog terkenal tersebut (andai pengikut tu ada blog). Mereka akan memasukkan blog popular dalam bloglist, lalu menaikkan ranking blog terkenal dalam Pageranks serta Alexa Ranking.

Senarai blog popular yang ada ribuan dan jutaan backlinks - Backlink Blogger Terkenal.

Makanya, seandainya anda mahu jadi seorang blogger terkenal dan blog anda diminati ... dan popular; hargailah pengikut-pengikut blog anda ... agar mereka menjadi pengikut setia blog, lantas (uhh macam karangan BM lak) .... memberikan apa yang HH katakan tadi - trafik konsisten serta backlinks berkualiti.

Lagi best, andai blog anda dapat dimasukkan ke dalam bloglist blog-blog yang dah popular ini ..... secara mudah anda boleh tumpang (tingkatkan) Pageranks (PR) dan Alexa Ranking dengan sangat cepat dan insyaAllah berkesan.

*p.s: Nak masuk dalam bloglist HH tak? 200 tempat disediakan, masih ada lebih 100 tempat kosong. Sila ikuti syaratnya di sini: KLIK.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement