As-Salam. Adakah anda seorang blogger yang baru nak menjelajah dunia blog dan memperkenalkan blog anda ke dalam dunia blog Malaysia? Jika Ya, tentu kebanyakkan kunjungan anda sehari-hari adalah ke blog-blog yang dah ada nama dalam dunia blog ini ... betul tak? Semacam dah ada tarikan untuk anda ke blog tersebut walaupun belum ada update terbaru .... haaa apatah lagi bila dah ada entri baru dari blog tersebut.

Dan .... sampai satu masa, anda tergerak hati menulis komen di blog popular tesebut untuk cuba mendapatkan bantuan, atau paling tidak cuba mendapatkan pertolongan blogger tu untuk naikkan blog anda, popularkan blog anda, perkenalkan blog anda ... atau masukkan blog anda dalam bloglist dia.

Puji Blogger Popular Untuk Popular Blog Sendiri


Komen siap selang-seli dengan pelbagai pujian. Pastu anda letakkan beberapa entri yang pernah anda tulis mengenai blogger tersebut.... dengan harapan blogger terkenal itu akan kunjung atau balas komen anda. Semuanya kerana niat anda untuk mendapatkan 'simpati' si blogger terkenal untuk memperkenalkan blog anda. Ada tak yang buat camni? Ada kaannnnnn .... hhehehe....

Tapi itulah. Anda perlu faham keadaan blogger-blogger yang dah ada ramai pengikut ni. Kebanyakkan daripadanya bukan mereka pilih dan cari, tetapi datang sendiri. Pengikut-pengikut inilah yang membuatkan blog mereka dikenali ramai .... dan bukan maksud mereka pun untuk jadi popular. Mereka tidak pun cuba mempopularkan blog mereka sendiri tetapi orang lain yang lakukan .... malah tanpa mereka sedar pun.

Jadi, ingin popular, ingin blog dikenali ... ikut cara mereka. Tulis untuk memikat pengunjung dan pembaca. Bukan menulis .... kemudian meraih simpati sana-sini untuk dipopularkan.

Usaha Perkenalkan Blog Dengan Cara Yang Betul


Usaha dengan cara yang betul. Ada banyak cara boleh anda lakukan untuk memperkenalkan blog anda. Tetapi antara yang banyak-byk yang ada, HH syorkan anda mantapkan penulisan dan isi kandungan blog anda. Jika ia boleh mendatangkan kebaikan kepada mereka.... insyaAllah .... mereka akan datang lagi dan jadi pembaca setia blog anda.

Jangan kecil hati dengan blogger popular kerana mereka juga kadangkala kecil hati dengan pengikut blog yang cuba mengharapkan sesuatu daripada mereka tanpa kerelaan mereka sendiri.




1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kalau puji apa salahnya asal takder niat nk mengampu dah lah...kalu org keji lagi la tak baik kan..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement