As-Salam. Tips menambah trafik blog dengan berkesan adalah dengan menggunakan platform perkongsian media yang terdapat di laman sosial seperti Facebook, Linkedin, Twitter, Yahoo Share, Google + dan sebagainya.

Tips Menambah Trafik Blog Menggunakan Laman Sosial


Caranya ialah dengan membuat entri yang anda pasti akan membuatkan pengunjung blog anda klik untuk kongsi. Anda perlu pastikan golongan pembaca blog anda, agar mudah anda membuat entri blog berdasarkan sasaran tadi, yang akan meningkatkan peluang entri anda dikongsi di laman sosial milik mereka.

Laman Sosial Kumpulan Sahabat Blogger


Sekali pengunjung yang punyai akaun laman sosial klik untuk kongsi, maka semua rakan-rakan pengunjung tadi juga akan menerima link entri anda, dan jika minat mereka sama, kemungkinan mendapat trafik itu adalah sangat tinggi.

Petua Ping Entri Blog ke Laman Sosial - Tips Menambah Trafik Blog


Sesekali juga, anda perlu rajin untuk ping entri anda ke laman sosial - contohnya fanpage facebook menerusi sasaran isi kandungan blog atau entri tertentu.

HH berikan satu contoh, andai ada entri berkaitan isu blogger Malaysia, bolehlah anda ping ke fanpage atau kumpulan (group) facebook yang tergolong daripada blogger-blogger. Atau jika anda ada entri mengenai cinta, tips perhubungan ataupun kisah romantis, bolehlah anda cari (search) fanpage atau group yang berkaitan seperti Kelab Jiwa Luka dan sebagainya.

Dengan tajuk serta kandungan yang baik berdasarkan sasaran tadi, kemungkinan blog anda akan menerima trafik tinggi adalah sangat cerah - tips menambah trafik blog paling mudah menggunakan laman sosial.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. As salam.. memang membantu bro.tq
    http://syura-hijriah.blogspot.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement