As-Salam. Mana satu pilihan anda, sebagai blogger ... kadangkala kita mudah terkeliru dengan apa yang kita nampak dan baca, walhal sebenarnya ia agak jelas untuk kita jamah menjadi satu iktibar diri. Nak pilih intan atau kaca? Sekali pandang nampak sama tetapi nilainya berbeza.

Di dalam dunia blog Malaysia, bukan sedikit .. tetapi HH rasa (setakat rasa bukan fakta), bilangan blog dari sehari ke sehari meningkat mencanak seperti melambungnya harga ikan di pasaran bila kakitangan awam dapat bonus 9 Ogos nanti. 

Bila anda seorang blogger yang memasuki dunia blog dengan niat dan azam, tentu mahu berusaha agar apa yang diniatkan dan apa yang diazamkan itu tercapai. Ya ... sebagai blogger tentu ada sesuatu yang ingin anda capai ... kalau tidak, blog itu akan terus jadi mendatar tanpa ada kemajuan.

Ada blogger tak kisah, sebab niat dan azam mereka berlainan. Tetapi buat mereka yang mengharapkan, apabila blog tak ada sebarang peningkatan - samada bilangan follower, jumlah pageviews mahupun income dari blog - mereka akan berasa kecewa.

Dari kekecewaan itu membawa kepada - memilih cara dan jalan singkat untuk mencapai apa yang diidamkan. Ya, akhirnya nanti mungkin akan dapat hasil yang baik - tetapi adakah itu suatu hasil yang diibaratkan sebagai intan .... atau hanya kaca ... yang nampak cantik tetapi tidak ada nilai kekal yang boleh beri manfaat selamanya.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement