As-Salam. Memang menarik andai hari-hari blog kita yang tak seberapa ini ada pengunjung dan trafik. Ya, mereka tu memang bukan pembaca setia ... tetapi blog perlu hidup untuk menerima pengunjung. Mana tahu, yang mungkin satu masa pengunjung ini akan menjadi pembaca setia blog kita pula.
Cara tak lain tak bukan untuk blog kita sentiasa terima trafik, walaupun tak update hari-hari, tak update sepanjang masa ialah keupayaan blog kita untuk menarik pengunjung menerusi enjin carian. Enjin carian, bagi HH diibaratkan sebagai agen pelancongan .... memberikan info kepada pelancong yang nak melancong ke blog kita.
Blog Ibarat Destinasi Pelancongan
Jadi, andai blog kita mahu menarik pelancong tadi tu ... blog perlu sesuai untuk dikunjungi, perlu mesra, perlu ada daya tarikan. Bayangkan, andai sesebuah negara tu ada perang, ada kacau bilau, nak masuk ikut airport pun susah .. nak ke orang datang? Jadi, blog pun kena ada persediaan ini.
Definasi Blog Yang Sesuai Untuk Enjin Carian
Blog yang sesuai untuk enjin carian ialah blog yang mudah untuk load, warna dalam blog adalah minima, blog ringkas tetapi penuh informasi, blog yang sah selamat (tiada malware serta virus), blog yang boleh dibaca untuk semua golongan ... bukan 18PL, bukan 18SX. Selain itu, blog yang sesuai untuk enjin carian mestilah punyai deskripsi dan kata kunci yang betul, ada pendekatan SEO yang baik sebagai salah satu alat untuk enjin carian mempromosikan blog kita.
Sekali lagi, kalau mahu blog menerima trafik di kala anda malas nak update blog, maka pendekatan di atas perlu anda buat. Mantapkan SEO, sesuaikan blog anda untuk enjin carian.
Selamat mencuba.
seo mcm ejen pelancongan? Term baru ni. Senang ingat. Terima kasih hh
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.