As-Salam. Ibadah puasa yang tercela, bukan satu ungkapan ringan ... bagi umat Islam, harus faham apa itu konsep agama; rukun Islam kena hayati betul-betul agar segala amalan tidak menjadi sia-sia tanpa diberikan sebarang keredhaan oleh Allah Taala. 

Bagi ibubapa muslim, mereka nampaknya beria menekankan soal berpuasa bila tiba bulan Ramadan kepada anak-anak mereka, walhal perkara puasa ini buat anak-anak tidak ditekankan sangat jika nak dibandingkan dengan kewajipan menunaikan sholat. Ini adalah salah satu kesilapan ketara buat ibu bapa muslim zaman sekarang.

Pendakwah bebas, Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang, berkata penekanan terhadap amalan solat lebih diutamakan dengan Rasulullah SAW sendiri memerintahkan ibu bapa supaya menyuruh anak mereka bersolat ketika berusia tujuh tahun. Walhal dalam ibadah puasa, tiada syarat yang ditekankan bagi menyuruh anak-anak berpuasa. Kesimpulannya, tidak salah menyuruh anak berpuasa tetapi pada masa sama perlu bersungguh-sungguh melatih mereka solat, katanya. 

Buat muslimin, di bulan Ramadan, semua orang berpusu ke masjid untuk sholat sunat Terawih, walhal apabila tiba waktu sholat Subuh dan Asar, masjid lebih banyak kicauan burung daripada suara makmum mengaminkan al-Fatihah yang dilagukan oleh imam. Satu percanggahan yang sangat ketara dimana umat Islam mengutamakan yang sunat lebih daripada yang wajib. Tidakkah ini mencelakan ibadah puasa yang sedang diamalkan?

Malah, dalam satu perkara lain, ada di antara umat Islam mengabaikan langsung keutamaan sholat Fardhu ini. Mana taknya, lepas sahur jam 5:30 pagi, terus lelapkan mata sampai ke tengahari. Kalau bekerja .... langsung terus ke pejabat.... tanpa menunaikan sholat subuh.

Asar pula, ramai yang bekerja keluar tergesa mahu pulang ke rumah untuk berbuka, atau ke pasar ramadan mencari juadah berbuka puasa, walhal sholat Asar belum lagi ditunaikan.

Ada juga yang berbuka di luar seperti restoran dan hotel, disebabkan leka makan dan lepak selepas makan hingga habis waktu Maghrib lalu terlepas waktu solat. Bukankah ini kerugian sangat besar? kata Syed Mohd Norhisyam.

Habis langsung tapak untuk menyokong ibadah puasa yang sedang dilakukan. Kalau dah tiada tiang untuk menyokong ibadah lain, jadi bagaimana?

Beliau turut menegur wanita yang mendedahkan aurat kerana tindakan itu bukan hanya mengurangkan pahala puasa tetapi juga mengeringkan pahala orang lain iaitu bukan muhrim yang melihatnya.

Syed Mohd Norhisyam berkata, umat Islam tidak sepatutnya menjadikan bazar Ramadan sebagai lokasi kunjungan wajib setiap hari kerana membeli makanan ketika lapar selalunya mendorong kepada pembaziran.

Sumber: Berita Harian

*p.s: Moga sama-sama kita peringatkan diri ibadah mana lebih utama


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Advertisement





CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement