As-Salam. Widget pilihan kali ini, HH tampilkan AddThis, satu widget bagi memudahkan perkogsian di laman sosial dan juga meningkatkan bilangan rakan-rakan sosial anda. Ia juga widget yang boleh meningkatkan trafik blog dan meningkatkan penjenamaan blog di ruang sosial seperti Facebook, Twitter, Google Plus, LinkedIn dan sebagainya.

Blogspot sendiri menggunkan khidmat AddThis dalam memudahkan entri blog dikongsikan di laman sosial seperti Facebook. Hanya klik untuk widget tersebut dimuatkan dalam setiap entri blog anda.

Namun, seandainya anda mahu kelainan penampilan widget AddThis, anda boleh terus ke laman AddThis dan memilih beberapa option yang mereka sediakan, termasuklah AddThis memudahkan pengunjung langgan ke Facebook Page dan juga Google Page blog anda. Ia juga memudahkan pengunjung untuk menjadi kenalan anda menerusi Facebook dan Google Profile - serta laman sosial yang lain.

AddThis Untuk Blogspot


Addthis profile sharing

Anda boleh pilih untuk daftar percuma dengan AddThis atau hanya ambik coding bagi dimuatkan dalam blog. Jika anda daftar, ada kelebihan buat anda mengetahui statistik penggunaan AddThis ini di dalam blog.



Bukan itu sahaja, ada banyak cirian lain yang menarik, yang boleh anda tambah di blog anda. Anda boleh dapatkan mesej selamat datang yang akan terpapar bagi pengunjung unik - yang pertama kali datang ke blog anda. Anda boleh adakan widget diletakkan samada di atas, di dalam entri blog atau di sidebar.

HH sendiri menggunakannya untuk butang follow blog ini di atas sekali tu. Cubalah... tak mencuba takkan tahu .. ye tak?

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement