As-Salam.
Google Adsense hanya membenarkan sehingga 3 unit kod iklan diletakkan di dalam satu-satu laman, ia tidak boleh lebih daripada itu. Jika anda meletakkan lebih, maka satu email amaran akan dikeluarkan kepada anda untuk review balik perletakkan iklan anda.

Sebenarnya, begitu juga yang lain, medium pengiklanan lain pun tak benarkan letak lebih daripada 3 tempat untuk kod iklan mereka, ini adalah kerana ia akan ganggu tumpuan pengunjung, kerana mereka tahu, terlalu banyak iklan akan buat orang menyampah nak tengok, dan pastinya tiada klik akan dijana disebabkan kesemakkan iklan.

Anda perlu tahu, kandungan blog dan iklan perlu seimbang. Iklan terlalu banyak menyebabkan blog anda boleh dikategorikan sebagai 'ladang' iklan semata-mata, dan ianya tidak bagus, baik untuk medium pengiklanan mahupun enjin carian.

Ia akan menyebabkan kerugian kepada pengiklan, kerana merasa rugi meletakkan iklan dalam media tersebut yang tidak memberikan apa-apa pulangan kepada mereka.

Jadi, mungkin dalam keghairahan blogger untuk meraih sumber pendapatan dari blog menerusi iklan, pastikan ia tidak menjadi lebih utama daripada menyampaikan isi entri.

Terima kasih kerana membaca.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama
PENAFIAN (DISCLAIMER)

Konten ini adalah pendapat serta perkongsian peribadi penerbit berdasarkan pengetahuan, pengalaman, serta dari sumber dipercayai. Sebarang persamaan mahupun percanggahan adalah secara kebetulan.

Sila rujuk Disclaimer untuk penafian penuh.