As-Salam.
HH seorang blogger - bermula dari blog yang entrinya copy paste belaka sehinggalah munculnya blog ini. Dulu, entri copy paste HH banyak diambil dari laman-laman sesawang yang memberikan artikel secara percuma, dan ia dibolehkan dijadikan sebagai entri dalam sebarang blog. Dan paling menarik, artikel2 itu boleh digunakan secara percuma, walaupun untuk memikat pembeli atau sebagai mengumpan pelanggan untuk membeli produk tertentu.

Dari sebuah blog ke sebuah blog, sehingga pernah buat satu blog dedikasi khas untuk bulan Ramadhan. Dan HH pernah juga buat blog shop ... jual buku! Dan adala lagi beberapa blog lain. Blog yang disukai (tetapi jarang update) ialah blog hasrulphoto sebab ia menampilkan hobi HH - menangkap gambar. HH lebih santai di situ, tak selalu HH promote,  biarkan sapa suka ... dia klik .. tak suka so biar ... sbb minat dan hobi tak sama. :)

Hmm jadi jika anda seorang blogger, HH syorkan .. bermulalah dengan bercerita tentang apa yang anda suka dalam blog anda, dan lebih mudah .. ceritalah tentang hobi anda. Jika anda suka tanam bunga, ceritalah tentang bunga dan cara nak tanam, kalau suka dekorasi ruang ... bolehlah citer pasal hiasan dalaman .... dan sebagainya. Weihh kumpul setem pun leh buat blog per ... :P

Contoh terbaik adalah Mat Gebu - Dengan Dapur Tanpa Sempadannya ......

Blog Mat Gebu tersenarai antara blog yang punyai lebih 10 ribu followers .. untuk lihat senarai lain, sila ke sini: Senarai Blog Hebat


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement