As-Salam.
Bukan perkara baru, ini perkara yang dok sering diperkatakan dari tahun ke tahun. Cuma mungkin ada di antara kita gamaknya terlupa. Hadith palsu dalam blog kembali berleluasa - dah macam virus pula setiap kali Ramadhan tiba.
Mungkin tujuannya murni, supaya Ramadhan disemarakkan dengan ibadah. Buat ibadah bulan ni, nanti dapat pahala banyak ... leh cover bulan-bulan lain.... errkkk ...
Hmm ..manusia memang sukakan dengan ganjaran. Apatah lagi andai ganjaran itu sangat lumayan yang tak boleh nak dapat tetiap hari. Tetapi itulah, kita ni dok kerana kejar semata ganjaran sebegini - apatah lagi diperkuatkan dengan hadith palsu yang ditelan bulat-bulat tanpa usul periksa .... kita mungkin terjebak dalam sesuatu perkara yang nanti akan menjejaskan keimanan kita.
HH sedang belajar untuk ikhlaskan diri dalam apa jua yang dilakukan. Terlalu harapkan ganjaran meletakkan kita dalam satu situasi yang kadangkala memeritkan diri. Fikirkan.
*p.s: Anda boleh rujuk pakar tentang hadith, apa itu hadith palsu.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.