Dalam
usaha untuk menarik pembaca ke blog anda, antara ciri-ciri penting yang
harus dititik beratkan ialah layout atau rangka blog anda. Rangka blog
perlu kemas, tak mo bersepah2 ... sebabnya bila bersepah, nanti apa yang
anda nak sampaikan dalam blog tak tersampai pada pembaca.
Cuba ikuti petua berikut untuk mendapatkan layout yang kemas.
Ciri-Ciri Blog Yang Kemas
2 Kolum
Rangka
yang kemas selalunya punyai 2 kolum sahaja. Satu untuk paparan utama,
dan satu lagi untuk sidebar. Dan 2 kolum di bawah untuk footer note,
atau nota kaki dan sebagainya.
Kedudukan Sidebar
Kebanyakkan
blog yang ada PR tinggi, dan mesra ALEXA adalah blog yang meletakkan
sidebar blog di sebelah kiri (kanan tangan kita). Ini memudahkan pembaca
klik tanpa perlu merentas keseluruhan blog anda. Kedudukan ini
membolehkan navigasi dalam blog lancar terutama bagi mereka yang BUKAN
kidal.
Saiz Layout
Kebanyakkan
skrin komputer masa kini melebihi resolusi 780 pixel, maka cuba buat
saiz layout anda minimal resolusi begini. Anda boleh guna analisis2 yang
disediakan oleh Google atau beberapa laman web yang boleh mengesan saiz
layout skrin komputer pengunjung blog anda. Blog ini
menggunakan saiz 1000px dengan sidebar lebih kurang 300px (lupa).
Saiz Sidebar
Paling
terbaik adalah dengan tentukan dahulu jenis widget yang anda nak
pasang. Seandainya widget itu memerlukan saiz yang besar, maka saiz
sidebar perlu sesuai agar nanti widget anda tak nampak terkeluar.
Sebolehnya saiz sidebar tidaklah besar sangat, disyorkan menggunakan
paling maks 350px.
Saiz Tulisan
Perkara
yang harus dan sepatutnya anda tahu ialah, tajuk mestilan lebih besar
daripada isi. Jadi pastikan tajuk anda itu bersaiz sepatutnya. Bagi saiz
tulisan dalam entri, maks disyorkan adalah 12 points, macam kita buat
karangan tu. Kena faham, kebanyakan komputer sekarang beresolusi tinggi,
dan jika besar saiz font anda, maka anda terbeliaklah mata pembaca
anda, dan jangan terlalu kecil kerana tak sesuai pula nanti untuk
paparan di laptop. Guna font saiz 11 atau 10 ... ada petua mengatakan 11
points baik untuk SEO.
Jajaran (Alignment) Tulisan
Jika
boleh, buatlah ia dalam bentuk 'justify' supaya ia memenuhi ruang
kosong. Seperti yang telah saya beritahu dalam posting2 sebelum ini,
loading blog akan dipengaruhi juga dengan berapa banyak/jumlah ruang
kosong dalam coding/html anda. Walaupun bentuk tulisan tidak dinyatakan
mempengaruhi loading, tetapi dari pengalaman, blog yang penuh tulisan
lebih cepat loading dari blog yang kurang tulisan ...hmmm ....
Warna Blog
Warna
layout blog anda pun mesti bersesuaian. Ada warna, sesuai kat satu blog
ni, dan nampak kemas, tetapi bila guna kat blog kita, nampak cam haru
biru. Anda harus faham, warna, bentuk tulisan, susun atur semuanya
berkait. Banyakkan bereksperimen dengan warna.
Header Blog
Oppss
hampir terlupa, header blog juga perlu simple, perlu tampil unik, perlu
kemas ... tak nampak cam sarat. Jika kepada pun dah berserabut ...
bayangkan isi blog tu macam mana pula .. :)
Jenis Tulisan
Jenis
font pun penting. Jangan la terlalu artistik sampai sukar nak baca.
Kalau nak nampak ala2 seni kreatif, cuba buat dalam bentuk lain ....
tak perlu ditampilkan dalam jenis tulisan entri anda. Pembaca nak
membaca dengan mudah, seandainya tulisan dah tak mudah .. macam mana?
Gunakan standard font seperti arial, times new roman dan sebagainya.
Ok
kot .. HH fikir ciri2 yang ditampil ini boleh dah nak persembahkan
satu blog yang kemas. Blog yang kemas akan memudahkan pengunjung dan
pembaca. Dan akan menarik minat mereka untuk datang lagi dan lagi ....
Semoga bermanfaat.
*p.s: Ini merupakan entri republish
*p.s: Ini merupakan entri republish
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.