As-Salam.
Blog Jejari Runcing, sebut je pasti ramai yang dah kenal kan? Hmm ... HH kenal nama Elia ni agak lama jugalah dalam dunia blogger Malaysia ni sebelum jadi terkenal dengan pelbagai cerita lain yang tak berapa ingin HH ketengahkan dalam entri ini.


Blogger Jejari Runcing telah berjaya menempatkan dirinya antara 10 blog yang tercalon di peringkat akhir Digi WWWow Awards 2012 bagi 2 kategori, Blog of The Year dan juga Fave Kay Poh.

Lupakan soal kisah peribadi Jejari Runcing atau pemilik nama Elia ini tetapi lihat akan kesanggupannya sebagai seorang blogger yang telah dikenali ramai untuk sama-sama promosikan blog orang lain dalam satu segmen - Tingkatkan Followers dan Trafik Blog.

Haa.... kan kan .... ada yang pandang senget mata pada blogger-blogger yang punyai nama dan followers puluhan ribu. HH masih percaya, dalam diri setiap orang ada kebaikan yang boleh mereka berikan pada yang lain.

Kalau nak join, bolehlah berbuat demikian dengan membaca entri ini: Bersorak Sambil Mencangkung

Imbas-imbas, HH rasa (setakat rasa) Elia pernah datang ke blog ini dan berikan komen, tetapi lamaaaaaa dah .... masa tu followers blog ini tak sampai pun ratusan lagi. Terima kasih buat kesudian dirinya terjah ke blog ini.

 


7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ada ke blogger glamer lagi melotop nak singgah blog akak yang tak seberapa tuh... Ada tapi jarang2, jugak sangat jarang. Blogger yang melotop2 tak buat blog walking pun still trafik tinggi kerana mereka telah ada nama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. JArang kerana mereka ada peminat lebih ribuan, kalau kita yang ada puluhan ni pun tak berapa nak singgah, apatah lagi mereka. Tak gitu? Bayangkan kalau mereka perlu habiskan masa untuk jelajah dan blogwalking blog2 yang menjadi pengikut mereka setiap hari ..ribu tu ..bukan sepuluh atau dua puloh.

      Padam
  2. ada sesetengah blogger,bila dikomen baru ada balas komen dengan singgah ke blog berkenaan, ada blogger buat taktau je kerana sibuk menaip entri.ada blogger takde masa nak menaip entri kerana lebih suka membaca blog orang..hehe

    BalasPadam
  3. fuhh.. susah juga nak cari entry ni dlm byk2 entri..hehe.. tapi nasib jumpa. btw,tq for joining my segment. stay tune nanti saya akan promote blog anda ye. jangan serik join lagi ;)

    BalasPadam
  4. hai.. datang melawat dari blog kak elia.. ^_^

    BalasPadam
  5. hai, salam blogger

    sesaje jenjalan sambil collect ilmu ;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement