As-Salam.
Sedihnya hati apabila ramai rakan blogger HH yang banyak beri support dah mula kurang aktif dengan dunia blog. Hmm .... kalau tidak kerana mereka ini, mungkin pencapaian yang HH dapat menerusi blog ini tak seberapa.

Malah, ada di antara mereka seolah hilang dari dunia blogger Malaysia. Mereka ini terdiri daripada 500 followers terawal blog ini yang telah beri segala sokongan dan dorongan buat blog ini terus terusan hidup di alam maya.

Mana tak sedih, mereka inilah yang berikan idea untuk HH menulis, mereka inilah yang selalu join segmen HH, mereka inilah juga yang banyak tegur HH dalam berblog ini. Mereka mungkin tidak punyai ramai followers tetapi mereka ada pengaruh sendiri dengan pencapaian yang ada di blog hasrulhassan.com ini.


Nak disenaraikan mereka semua, memang tidak terdaya nak dilakukan, apatah lagi nak menyenaraikan blog-blog mereka. Hanya termampu adalah mengatakan terima kasih dan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka ini.

*p.s: Terdetik di hati untuk selongkar balik mereka dalam dunia blog .... blogwalking ...

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement