As-Salam.
Hah.... HH tak hensem, macam Faizal Fredley mahupun Ujang, tak seglamour blogger Broframestone, tak setegap blogger Ben Ashaari, tak sekaya blogger Amir Hassan- Denaihati, tak sebijak pandai blogger Eqbalzack, tak sekacak Ady Budika, tetapi HH rasa bangga ada blog yang boleh dimanfaatkan ramai, terutama blogger, insyaAllah.

Dulu, HH cuba cari tempat sendiri dalam dunia blog. Cuba meraih simpati untuk blogger terutamanya agar singgah di blog ini. Bermacam cara dilakukan, yang mungkin sesetengah blogger tak berapa suka .... maaf kerana itu.

Daripada sebuah blog yang paparkan kisah di sebalik gambar yang HH tangkap, blog ini beralih ke sebuah blog informasi yang nyata berjaya meraih trafik yang tinggi setiap hari, setiap minggu, dan setiap bulan. Kini, setelah merasakan ramai blogger perlu mencari sesuatu panduan untuk menulis blog, HH ubah tema blog ini daripada blog informasi carca marba ke sebuah blog yang hanya bercerita soal blog dan blogger, panduan menulis blog dan beberapa tips umum untuk dijadikan rujukan para blogger terutama blogger baru.

HH tak buat blog yang berjenis blog tutorial sebab sudah ada banyak blog yang sebegitu yang dah ada pengikut sendiri. HH tak mahulah berebut tempat ... kerana itu, sebagai hormati blog-blog ini, HH tampilkan sebuah blog umum mengenai panduan untuk berblog ini.

Dan biasalah, apabila bertukar tema atau niche ini, trafik akan jatuh merudum. Daripada puluhan ribu sebulan, menjadi tak sampai 5 ribu sebulan. Kesal? Oh tidak ... kerana HH tahu ramai yang dah dapat manfaat daripada apa yang ditulis menerusi blog ini. Kena terima hakikat akan jatuh bangun sesebuah blog, kejap atas kejap bawah.

Terima kasih kepada mereka yang sudi sokong, dan kunjungi blog ini setiap hari.

Untuk info:
Trafik Januari 2012 - April 2012 (sebelum tukar niche)

Dan ini ...merupakan trafik terkini bulan Mei 2012. Jauh bezanya kan? Setelah tiada lagi post mengenai artis, tiada lagi post mengenai berita sensasi .....


22 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betul tuh HH ..SP nak buat blog SP jadi blog yang orang boleh tahu events-events setempat, global dan macam-macam lagi :)

    BalasPadam
  2. yup2..ari tuh trafik saya naek skit sbb post psal mentor...hahaha

    BalasPadam
  3. biasa la tu bro..rezeki kejap naik kejap turun..

    Entry terbaru saya "Secure browser"

    BalasPadam
  4. hehe. samalah. sy tukar niche jadi travel blog dah. mmg jatuh menjunam trafik ke blog. tapi takpe..

    the smaller the niche, the broader the opportunities. insyaAllah. =)

    BalasPadam
  5. uih..jauh gila beza..adakah bermaksud orang kita suka kisah sensasi dan berita hiburan berbanding perkara lain..jengjengjeng..hehe..

    BalasPadam
  6. insyaAllah lama kelamaan blog berniche ni akan lebih menjadi rujukan :)

    BalasPadam
  7. kisah artis memang tak berapa nak tulis.. tak pandai.. kisah sendiri2 je..

    BalasPadam
  8. yang penting ikhlas dan puashati dengan apa yg kita buat. Saya suka konsep yg baru ni :)

    BalasPadam
  9. Insya Allah akan naik balik tu nanti .. ^__^

    www.anastasyea.com

    BalasPadam
  10. semua tu ok asal kita tetap pada pendirian sendiri.

    BalasPadam
  11. ohh banyak nya beza...tapi saya sentiasa akan ke blog ini sebab saya suka blog HH....

    Kempen Sokong Malaysia

    BalasPadam
  12. kalau entri pasal artis+gosip...memg cepat naik...kalau entri ilmiah...kurang...adesss...selera blogger susah nk jangka...tp HH memg dah outstanding...

    BalasPadam
  13. saya ni org kecil di dunia blog dan masih ingt lagi ketika awal perkenalan dgn HH.. you're outstanding dan superb till today.. good work!

    BalasPadam
  14. pageview saya setiap bulan tak sampai la beribu setiap bulan... huhu~..

    BalasPadam
  15. teringin nak trafik mcm ni.. tahniah bro HH

    BalasPadam
  16. orang malaysia memang suka gosip heheheheeeeee

    BalasPadam
  17. Bro... dah lama tak jengah blog ni. Mmg btol la, blog gosip artis lagi glamer. Org suka gosip kot. Hoho.. Tp, trafik kat blog ni boleh tahan gak .

    BalasPadam
  18. saya setia menyokong blog ini..hehe~

    BalasPadam
  19. blog bermanfaat, moga bermanfaat juga di SANA .. =)

    BalasPadam
  20. Situ enak pake blogspot, saya hosting sendiri, ketika trafiknya melonjak jadi 40rb visitor akun saya langsung disuspen, katanya bikin berat server.. -___-"

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement