As-Salam.
Tak dinafikan, jika anda ingin dikenali dalam dunia blog, anda perlu tampil dengan tema atau genre tersendiri dalam dunia blog. Tema atau genre ini sebenarnya merupakan identiti anda dalam dunia blog. Contohnya, bila sebut sahaja .... blog lawak terkenal, orang akan ingat akan blog serius. Bila sebut je blog gossip dan hiburan yang popular, orang akan mengenali blog beautifulnara mahupun ohbulan.


Untuk dikenali menerusi tema dan genre ini, apa yang perlu dilakukan adalah konsistensi dalam berblog. Anda tetap kekal dengan genre tersebut walaupun ada cerita panas lain yang tiada kaitan dengan blog anda sedang meletup2 dalam dunia blogger Malaysia. Anda setia dengan tema blog anda, walaupun tatkala itu tiada apa yang dapat anda ceritakan di dalam blog anda.

Secara amnya, ada beberapa genre atau tema blog yang popular dalam dunia blog Malaysia ini. Antaranya ialah;

20 Genre Atau Tema Blog Dunia Blog Malaysia
  1. blog gossip dan hiburan tanah air
  2. blog politik tempatan
  3. blog masakan
  4. blog pelancongan dan rekreasi
  5. vblog
  6. photoblog
  7. blog niaga
  8. blog selebriti
  9. blog berita dan info am
  10. blog agama
  11. blog petua dan tips
  12. blog cerita, cerpen atau puisi
  13. blog cinta dan jiwang
  14. blog remaja
  15. blog keluarga
  16. blog peribadi santai dan pendapat
  17. blog tutorial 
  18. blog automotif
  19. blog sukan
  20. blog tech dan gajet

Jika anda seorang blogger yang ingin mudah dikenali dan ada identiti, cuba kekal dalam genre dan tema blog anda. Bila dah set blog yang bagaimana anda inginkan, maka secara tak langsung, anda akan memilih penampilan dan tatacara yang sesuai untuk persembahkan blog anda ke alam maya.


7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. banyaknya..kancil mahu buat yang pelbagai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kepelbagaian memudahkan blog dapat trafik .. :)

      Padam
  2. saya rasa saya dlm kategori blog remaja :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Stay dengan kategori tu, nanti dunia blogger akan kenal siapa blogger yang terkenal dengan blog remajanya .. :) hiks ..walaupun dah tak berapa nak remaja ...hehehehe

      Padam
  3. susah jugak buat blog berniche tertentu ni..

    BalasPadam
  4. assalamualaikum HH....banyak juga genre blog ini kan...kena pandai2 gunakan genre blog itu...blog mama keluarga,santai kot...:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement