As-Salam.
Ini betul-betul selebriti blogger, dah la famous di dalam dunia blog. Kini, Fatin Liyana makin terkenal di dunia nyata. Hari ini (13 Mei 2012), Fatin Liyana keluar lagi dalam Metro Ahad.... uhh jeles ...jeles tak?
HH tahu ramai blogger terutama blogger wanita yang teringin menjadi seperti Fatin Liyana. Sudahlah cantik, ada kebijaksanaan dan kepandaian. Malah, ada jejaka dari kalangan blogger yang sudah susun ayat andai berjumpa dengan Fatin Liyana.


Dulu, bermula dari satu blog biasa, bercerita kisahnya di Indonesia .... kini namanya semakin meniti dari bibir ke bibir, apatah lagi apabila Fatin Liyana dijadikan modal beberapa isu kontroversi mengenai blogger dan juga mengenai diri seorang muslimah.

Kontroversi itulah yang menjadi pengikut blog Fatin Liyana bertambah dari sehari ke sehari. Apa yang HH nampak ialah, gaya penulisannya tetap santai, dan blognya masih lagi menarik di sebalik hakikat blognya dah kurang update dek kerana kesibukkannya sebagai seorang pelajar yang mahu menjadi seorang doktor kesihatan kelak.

Blog. Kalau jarang update tetapi punyai cerita menarik, segar, tersendiri dan original, orang akan tetap suka, walaupun entri dah berumur 2-3 tahun dahulu.

Dan nyata, ia semakin berbaloi apabila setiap cerita mudah, santai dan berinformasi diberikan pengiktirafan oleh mereka yang bukan di kalangan blogger!

Di sebalik itu semua, Fatin Liyana seperti anda juga, yang ada blog dan berkongsi cerita. Dan anda boleh menjadi sepertinya andai anda ikhlas untuk berkongsi sesuatu yang perlu buat semua dengan cara anda sendiri.

 


8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betul tue....saya sokong dengan pendapat anda tentang FL nie...

    BalasPadam
  2. dia ada pakej yg lengkap,,sebab tu dia femes kan,,susah nk ikut dia,,tp jadilah diri sendri saja,,ada tgk nasihat dia dlm NLKO tv9,,jgn terlalu hrpkan populariti,,tulis apa yg kita rasa,,jgn cerita negatif,,dan tulis masa kita gembira,,

    BalasPadam
  3. Yup... Blog dia memang jarang berupdate, tapi tetap menunggu dan hari2 menjenguk... :-)

    BalasPadam
  4. dah baca dlm paper semlm...blog dia mmg femes..sblm ni dia pernah masuk tv3 (MHI) dan nasi lemak kopi o kat tv9..

    BalasPadam
  5. tak tahu plak dia sefamous tu. maklumlah kat Cairo ni mana nak tengok channel TV Malaysia hari2 kan..

    BalasPadam
  6. ingat lagi dia ckp kat nasi lemak kopi o...dia menulis mase mood dia ok..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement