Ini merupakan entri lama tetapi saya olah kembali untuk lebih pemahaman. Sekadar nak refresh kembali mengenai saiz font yang sesuai untuk menulis entri dalam blog. Saiz font atau huruf dalam blog perlu sesuai untuk ditatap dan dibaca pengunjung. Jika tulisan terlalu besar atau kecil, ia akan menyukarkan pembacaan, lalu mengakibatkan blog anda sukar mendapat pembaca yang dikehendaki.

Saiz Font atau Huruf yang Sesuai Untuk Blog

Perlu bagi seseorang blogger mengetahui serta menggunakan saiz font atau huruf yang sesuai untuk blognya. Saiz huruf ini perlu nampak seragam dengan kenampakkan keseluruhan blog anda. Mungkin pada mereka yang mahukan blognya nampak lebih profesional, boleh rujuk entri ini: 8 Ciri Blog Yang Nampak Pro.
Saiz font perlu sesuai kerana jika anda mahu orang membaca dengan tertib dan terus memahami maksud, anda kena memilih saiz font yang tidak terlalu besar mahupun terlalu kecil. Anda harus faham, skrin komputer tak semua sama. Ada yang pakai laptop, ada yang pakai pc, ada yang pinjam dari kawan - yang membuatkan ia tak boleh nak adjust saiz font pc sesuka hati.

Apa saiz font yang sesuai buat blog? Saya berdasarkan pengalaman syorkan saiz standard 12 atau 11. Ia saiz standard untuk mana-mana bidang penulisan sekalipun. Malah kalau anda buat surat pun, anda digalakkan menggunakan saiz yang digunakan. Dan menurut kajian, mata kita lebih senang membaca dengan saiz berkenaan.

Bezakan Saiz Font dalam Blog Anda

Untuk penggunaan tajuk, anda boleh menggunakan saiz font yang lebih besar untuk menunjukkan keutamaannya. Ia juga merupakan satu teknik SEO untuk membezakan heading (H tag) dalam entri. Anda boleh lihat cara penggunaan struktur heading berciri SEO mantap di sini - 3 Struktur Heading dalam Blog.

Saiz font perlu standard bagi memperlihatkan kekemasan. Malah, ia juga bagi membantu robot gelintaran bagi enjin carian (SEO compliance) memudahkan 'membaca' isi kandungan entri di dalam blog anda bagi mencari kata kunci sesuai.

Anda tidak digalakkan menggunakan saiz yang pelbagai dalam menulis entri kerana ia akan menggangu perjalanan mata untuk membaca. Ia memberikan keselesaan dan akan membuatkan pengunjung tidak mudah pangkah x apabila terjejak masuk ke blog anda.



4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. paling tak suka baca tulisan yang terlalu besar..rasa besar je mata

    BalasPadam
  2. ok jugak tips ni.

    dlm setting di bhgn 'new post' utk buat entri, saiz font xde pulak tunjukkan nombornya 10 ker, 11 ker, brape ker.. cuma diberi guide secara smallest, small, normal, large jer.. so tpaksa la saya publish entri dgn saiz yg diberi. kalo ada la setting mcm dlm microsoft words tu, maybe akan memudahkan saya buat pilihan saiznya.

    bukan stakat saiz, warna font dan format lain utk font tu pun perlu diberi perhatian. sbb semuanya menjadi faktor keberkesanan penyampaian content bila entri tu dipaparkan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement