As-Salam.
HH tabik respek buat guru-guru yang punyai masa dan ruang untuk berblog. Anda memang hebat, anda bukan sekadar menaburkan jasa buat anak bangsa, tetapi juga berkongsi pengalaman dan cerita sebagai seorang guru kepada dunia maya.

HH kagum dengan iltizam anda mendidik anak-anak yang bermacam-macam karenah. HH sangat berterima kasih kepada anda sebagai guru kerana tidak pernah merasa jemu dengan tugas anda sebagai seorang guru.

Guru .... dan kemudian blogger, anda memang cukup hebat. Anda punyai mentaliti bahawa pembelajaran itu bukan sekadar di dalam bilik darjah. Anda memberikan terbaik dan berkongsi segala kebaikan itu kepada orang lain, agar mungkin nanti ..... blog yang anda miliki ini menjadi rujukan buat orang lain ..dan mungkin oleh anak-anak murid anda yang juga, insyaAllah ...suatu hari nanti menjadi guru seperti anda.

Moga segala percambahan ilmu yang ada pada anda .... akan terus memekar di bumi Allah ini, terima kasih cikgu. Terima kasih cikgu yang juga berkongsi ilmunya menerusi blog!


*Nak kenali guru yang pernah mengajar HH? Baca sini: Terima Kasih Cikgu SEMESTI


8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Selamat Hari Guru pada semua Guru seluruh Malaysia

    BalasPadam
  2. @Anum Jasa mereka tak terbalas ... menjadikan kita apa yang ada sekarang

    BalasPadam
  3. terima kasih HH...melalui blog nie moga orang akan faham apa yang kami lalui...dengan blog juga dapat kami menghilangkan rasa tertekan atau bebanan kami...tapi apa yang penting dapat berkongsi pengalaman dan pandangan bersama

    BalasPadam
  4. guru umpama ibu dan ayah juga......... cukup memahami :)

    BalasPadam
  5. :) Teaching gives teachers golden opportunity to leave a positive mark and influence in the hearts and minds of the students.

    BalasPadam
  6. ‎"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"
    SELAMAT HARI GURU(^_^)

    BalasPadam
  7. selamat hari guru :)
    buat semua guru2 d mana saja anda berada

    BalasPadam
  8. selamat hari guru buat rakan2 blogger yg bergelar guru..
    Sesungguhnya engkaulah pemberi yang tidak pernah meminta,menabur jasa bakti dengan setia,demi mendidik anak bangsa,terimakasih guru-guru semua.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement