As-Salam.
Sejak HH berblog dan punyai beberapa blog, secara tak lansung ilmu dan pengetahuan itu bertambah dengan sendirinya apabila kita cuba mencari sesuatu untuk dijadikan entri di blog.

Apabila HH mencari berita tentang blogger, tanpa sedar, HH mula melihat cara blogger lain menulis entri-entri mereka, dan melihat bagaimana blog-blog ini mempunyai pembaca sendiri serta bagaimana ia berjaya memikat ramai follower.

Apabila HH mencari sesuatu artikel untuk dimuatkan bagi blog yang memuatkan kisah-kisah dan fakta-fakta menarik, sambil membaca dan adaptasi informasi ..... secara diam, otak menerima input berguna.

Apabila HH mencari cerita tentang hiburan, secara tak lansung, pengetahuan mengenai dunia hiburan juga bertambah, mengalahkan tukang gossip yang kadangkala lambat dipaparkan di dada media arus perdana.

Apabila HH cuba mencari penyelesaian mengenai persoalan agama untuk dijadikan sumber informasi bagi sesuatu topik di blog, secara tak lansung, HH belajar dan memperdalami pemahaman mengenai hukum hakam dan syariat.

Secara mudahnya, apabila kita berblog, sebenarnya kita sedang belajar dan menambah ilmu pengetahuan tanpa kita sedar. Terima kasih kepada mereka yang rajin menulis dan berkongsi apa yang mereka tahu di dunia maya.


6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betul tu . sejak eyqa berblog , banyak yg eyqa tahu . berita pun cepat je sampai .

    BalasPadam
  2. Setuju. Blogging juga membuat kita kenali diri sendiri. Apa kita tahu dan tak tahu. Apa kita setuju dan tak setuju. Apa kita boleh buat dan tak boleh buat. Apakah kita betul-betul komited kepada medium ini. Kemudian lebih penting, apa kita buat selepas itu...Tq for sharing

    BalasPadam
  3. setuju! lg byk kita share, lg byk kita dapat..

    BalasPadam
  4. assalamualaikum HH...betul tu segala yg diketahui eloklah dikongsikan bersama besar manafaatnya n boleh tambah kenalan di alam maya ni..:)

    BalasPadam
  5. ..Kita akan jd lebih cemerlang, gemilang dan terbilang!...:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement